Sabtu, Jun 10, 2006

SEMINAR PERSURATAN dan PERADABAN NASIONAL 2006
PENA dan DBP dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan dan PEN (Persatuan Penulis Negeri Sembilan) akan menganjurkan Seminar Persuratan dan Peradaban Nasional 2006
pada 04-06 ogos 2006
di Port Dickson.
Penyertaan dibuka kepada semua. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM30.
Bersempena seminar itu, pihak penganjur juga akan menerbitkan
sebuah antologi puisi yang bertemakan
'Perjuangan Bahasa Melayu'.
Para penulis yang ingin mengirimkan puisi bagi antologi tersebut bolehlah mengirimkan
e-mel ke pena@streamyx.com atau juga boleh terus ke emel
Muhammad Lutfi Ishak; lutfi_ishak@yahoo.com.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-21425824

Read more...

Rabu, Jun 07, 2006

TUKYA pun ada BLOG!

Dalam senyap-senyap, seorang lagi penulis tersohor tanah air melangkah ke alam blog. Ahlan wa sahlan, ya ustaz. Jom kita ke teratak Tukya di Kaki Gunung.

Read more...

Isnin, Jun 05, 2006

DISNEYLAND di JOHOR?
Memang tidak dijangka dalam kemelut masalah gejala sosial, hiburan terlampau dan masalah penagihan dadah khususnya yang melibatkan belia pada hari ini, kerajaan Malaysia berhasrat pula untuk membina sebuah taman tema Disneyland di Johor.

The STAR online pada 30 Mei 2006 telah menyiarkan bahawa Malaysia sedang mengadakan perbincangan terperinci dengan pengendali Tokyo Disneyland bagi pembinaan taman tema berkenaan di Johor.Jika pembinaan di bandar baru Nusajaya yang seluas 9,645 hektar yang terletak di Pembangunan Koridor Selatan tersebut direalisasikan, bermakna Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai taman tema itu (Malaysia Boleh!).

Turut dilaporkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 960 hektar dengan cadangan pelaburan sebanyak RM2 bilion dan dijangka mampu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.Pada hari yang Bernama.Com sebagai contohnya melaporkan bahawa kerajaan kini mencari pilihan terbaik serta meninjau peluang-peluang untuk membina taman tema seperti "Disneyland" di Johor. Ianya disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.

Perkara ini telah disahkan pada hari yang sama (Bernama.Com) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan pertemuan dengan kumpulan yang berminat melabur dalam projek taman tema Disneyland di Johor. Beliau menyatakan bahawa perbincangan secara terpeinci dengan pihak Disney masih belum dilaksanakan tetapi ada kumpulan yang menunjukkan minat untuk membawa Disneyland ke Malaysia.

Namun pada 31 Mei 2006, Datuk Seri Effendi Norwawi hari Rabu menafikan pula bahawa kerajaan akan membawa Disneyland ke Malaysia walaupun Perdana Menteri Malaysia telah memperakuinya.Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula dilihat menyokong pembinaan Disneyland ini di Johor dengan menjangkakan bahawa tidak menolak kemungkinan taman tema Disneyland yang dilaporkan dicadangkan pembinaannya di Nusajaya akan berkonsepkan tropika, berbeza dengan taman tema Disneyland di Florida dan Hong Kong. (Utusan Malaysia, 1 Jun 1006)

Firman Allah ;“Kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan berseronok dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, tidakkah kamu memahami hal ini?”Al-An’am:32

Agak pelik rasanya, semakin kuat hasrat kerajaan untuk melaksanakan Islam Hadhari semakin bercelaru hala tuju negara. Kerajaan sanggup menggadaikan masa depan anak-anak muda dan agama Islam semata-mata untuk membuka ruang pekerjaan kepada 20 ribu rakyat Malaysia. Sekiranya kerajaan masih berterusan dengan hasrat ini maka semakin jauh umat Islam daripada agama.

(Dipetik dari laman web Sdr Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil)

Read more...

Ahad, Jun 04, 2006

Tok Bak dalam kenangan (1919-2006)


Al-Fatihah! Selamat menuju ke alam abadi buat nenda Allahyarham Tok Bak (Haji Abu Bakar bin Haji Arif) yang meninggal dunia pada jam 8.24 malam Rabu, 31 Mei lalu.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP