Sabtu, Jun 24, 2006

PANTUN HUJUNG MINGGU

Dalam keranda ada mayat,
baunya busuk tidak terperi;
jangan marah pada rakyat,
jika kencing di kubur menteri!

Memo: Mungkin pantun ini agak kasar bagi seorang
Melayu yang mudah lupa. Tapi kalau mengingatkan
kemarahan makhluk bernama manusia harus ada destinasinya.

Sesekali kena juga baca yang alternatif:

Read more...

Rabu, Jun 21, 2006

PEJUANG ASABIYAH TEMPATNYA DI NERAKA?

Menurut sirah, suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman.

Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka.

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
(Riwayat oleh Luqman Hakim.)

Memo: Justeru berjuanglah untuk Islam. Berjuang semata-mata untuk asabiyah Melayu takkan ke mana. Hanya dengan tertegaknya Islam, bukan sahaja jatidiri bangsa Melayu malah BAHASA MELAYU sendiri akan terjamin. Dan sewajarnya kata-kata masyhur Tun Tuah harus dinilai semula, bahkan boleh ditukar kepada : Takkan Islam hilang di dunia!

Read more...

Selasa, Jun 20, 2006

POWER SHOT

Gambar : Gol sepakan percuma tercantik setakat ini. Pemain nombor 17 skuad Belanda, Robin van Persie

Setelah 32 perlawanan Piala Dunia 2006 berlalu, beberapa pasukan telah terkeluar seperti Costa Rica, Poland, Iran, Ivory Coast, Serbia, dan Togo. Berikut kemungkinan pertembungan lebih menarik yang akan berlaku pada pusingan kedua (kalah mati) :

Jerman v Sweden
England v Ecuador
Argentina v Mexico
Portugal v Belanda
Itali v Australia
Brazil v Ghana
Korea Selatan v Ukraine
Sepanyol v Perancis

*** Juara kumpulan disebut dahulu.

Read more...

Isnin, Jun 19, 2006

SANGGUPKAH KITA MENYEPAKNYA?

Dalam kehangatan Kejohanan Piala Dunia yang berlangsung kini masih ramai di antara kita tidak menyedari ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan. Gambar ini dirakamkan oleh seorang pembaca Harakahdaily ketika berkunjung ke sebuah pasaraya di negara kita baru-baru ini. Terdapat kalimah 'Lailahaillallah, Muhammadur Rasullullah' pada rajah bendera negara Arab Saudi dan di jual pada harga RM5 sahaja. Apakah tindakan pemimpin-pemimpin kita?

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP