Sabtu, Julai 08, 2006

MAHU JADI TIGER WOODS?
"... menyeru Abdullah yang kini sedang berada di Australia, yang sedang main golf balik ke Malaysia segera memanggil satu sidang tergempar OIC membincangkan secara serius soal tindakan kejam Israel yang tidak menghormati hak asasi manusia di Palestin itu."

2500 BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL

Meskipun dalam cuaca panas terik dan dengan kehadiran pasukan polis yang siap sedia dengan 'water cannon' serta kira-kira 70 anggotanya, peserta perhimpunan tetap meneruskan langkah menuju ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia dan kemudiannya ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Laungan 'hancur Israel' terus bergema di ruang udara Jalan Ampang hingga ke Jalan Tun Razak yang menyaksikan jalan raya turut sesak dengan lautan manusia yang berhimpun mengutuk kekejaman Israel dan keangkuhan Amerika mempertahan negara sekutunya.

Baca lanjut di sini




Read more...


DOA SEMUT


"Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami di atas dosa-dosa umat Islam. Dan janganlah Engkau goncang bumi di bawah kaki kami!"

ilustrasi oleh Umayyah Joha

Read more...

Khamis, Julai 06, 2006

HOI ENGLAND, MACAM NI LA!

Tengok cara aku sepak

Aksi Zidane ketika menjaringkan penalti bagi kemenangan Perancis mengatasi Portugal di separuh akhir.

Tak tercapai akalku

Ricardo yang memegang rekod dalam kejohanan Piala Dunia sebagai penjaga gol yang berjaya menyelamatkan 3 sepakan penalti ketika menentang England di suku akhir sebelum ini akhirnya menemui lawan sebenarnya.

Read more...

Ahad, Julai 02, 2006

BINTANG-BINTANG MUSLIM di JERMAN 2006

Bintang Piala Dunia Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh orang Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat kepercayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.

Pemain tengah dan sayap Olympique Marseille itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam, biarpun isterinya berasal dari Maghribi memainkan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengan media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain untuk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya paparazzi tidak menggangunya.

Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau didalam pedang permainan,” katanya. “Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, justeru saya mahu mencari kedamaian dalam jiwa dan akhirnya saya menemui Islam”

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah L’Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille.

Menurut satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun dinegara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kapten Zinedine Zidane atau “Zainuddin Yazid Zaidan” juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Baca lebih lanjut di sini!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP