Sabtu, Julai 15, 2006


13 Jahanam
(Kumpulan Artikel 11)

Dari Penang Road ke Johor Bahru.

Read more...

Jumaat, Julai 14, 2006

Ada lagi yang hina Rasulullah?

"Islam bukan sekadar memakai serban dan janggut. Arab Jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasulullah yang lahir dan membesar dalam masyarkat itu, berbuat demikian."

Baca lagi

Ibnu Ahmad al-Kurauwi pun ada blog

Dia ustaz yang bertugas di DBP. Graduan Universiti Mu'tah Jordan. Akhirnya setelah hampir 3 tahun menerjuni genre kreatif dan perlahan-lahan membina nama dengan karya-karya yang menjanjikan, dia berjaya membangunkan blog peribadinya.

Silakan ke Blog Ustaz Azman Ahmad al-Kurauwi.

Read more...

Khamis, Julai 13, 2006


O, kau kutuk mak aku ya!
Ambik ni sebijik!

Mana boleh! Dia kutuk mak dan kakak saya!
Hah, dah tau kau salah baru nampak takut
Saya minta maaf, tapi menyesal, oh, tidak sesekali
Apa-apa pun, kita siasat dulu tukang provok tu

Read more...

Rabu, Julai 12, 2006

Drama bersiri Gol & Gincu Hina Islam?

Siri drama bersiri Gol & Gincu yang disiarkan oleh TV8 pada 9/07/2006 menghina umat Islam. Dalam siri tersebut terdapat plot cerita dimana seorang pelajar perempuan bertudung dan seorang pelajar lelaki berkopiah telah membuat fitnah kepada seorang pelajar lain dengan membuat perancangan menuduh pelajar tersebut terlibat dengan aktiviti 'lesbian'. Adegan dalam drama juga menunjukkan kedua-duanya seperti berkhalwat

Baca lanjut.

Memo: Selepas Cinta Madinah, tidak adakah penerbit-penerbit yang berminat mengadaptasi novel-novel Islamik?

Baik Punya IDEA!

Idea 'bernas' Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengurangkan cukai arak bagi meningkatkan industri pelancongan seolah-olah ingin menjadikan Malaysia sebagai 'syurga arak' kepada pelancong asing termasuklah kepada rakyat tempatan.

Selain itu, ramai di kalangan artis seperti, Dato' Yusuf Haslam, Umie Aida, Raja Farah Raja Aziz yang dilaporkan membantah cadangan tersebut dan menganggapnya sebagai tidak wajar kerana boleh menyumbangkan kepada gejala sosial yang lebih buruk.

Baca terus.

Memo: Bukan yang minum saja kena azab Allah, Dato' Seri woiii, yang kurangkan cukai pun masuk dalam senarai.

Read more...

FIKAH MEMANG BEST!

Lebih dua minggu yang lalu, Al-Fadhil Ustaz Arieff Salleh Rosman dan isterinya Ustazah Wardah Mokhtar datang berkunjung ke rumah kami. Ini ziarah kali pertama mereka sekeluarga setelah lebih enam atau tujuh kali gagal singgah di rumah kami kerana tuan rumahnya tiada di rumah. Dan ini juga kunjungan balas mereka setelah kami terlebih dahulu singgah ke teratak ustaz dan keluarganya di lereng bukit di Sri Gombak pada Februari lalu.

Ustaz Arieff memang sahabat lama (senior) saya sejak kami bersekolah di SMKA Segamat lagi sehinggalah sama-sama menjelajahi Bumi Isra'. Tidak dinafikan semasa di Tingkatan 5, saya teruja kuliah Maghrib ustaz yang ketika itu pulang bercuti (tatkala ustaz datang menziarahi kami di SMKAS) untuk menurut jejaknya mengutip ilmu Allah di Jordan.

Sedang menyiapkan Ph.D di UIAM, Ustaz Arieff selaku Penasihat Agama PTS juga penulis yang prolifik. Tidak menulis dalam genre kreatif seperti saya sebaliknya lebih menumpukan dalam bidang motivasi remaja. Saya kira ustaz antara penulis motivasi remaja (Islamik!) yang menjanjikan dan sedang meningkat naik. Ditambah pula disuntik dengan semangat oleh isterinya yang turut sama 'berduet' dengan ustaz dalam beberapa buah buku terbitan PTS.

Terima kasih di atas hadiah buku-buku terbaru ustaz untuk kami sefamili dan SMKAS. Justeru, besarlah hati saya untuk memaparkan petikan buku terbarunya (serasanya yang ketujuh) di sini.

Sebuah dunia baru akan terbuka di hadapan mata seseorang, jika dia selesai membaca buku yang mengandungi ilmu yang amat berguna. - Malcolm X

Selamat datang ke Fikah Itu Memang Best!
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum! Tahniah kerana anda mendapatkan buku ini. Jangan hanya tonton, marilah kita membaca. Belajar fikah? Alamak, boringnya! Nanti mengantuk kalau baca buku fikah. Itu tidak lagi. Kami sajikan kepada anda suatu yang baru. Suatu yang mungkin anda belum berjumpa dengannya sebelum ini. Izinkan kami mengubah persepsi anda pada ilmu fikah. Kami ingin bawakan kepada anda, fikah is fun!

Jangan lagi terikat dengan nostalgia lama tentang belajar fikah. Lupakan sejenak fobia kita apabila belajar fikah. Mari kita cuba keseronokan fikah! Tetapi, dalam buku ini, kami tidak mengubah asas-asas yang terdapat dalam ilmu fikah. Kami bukan membawa perkara baru dalam fikah. Tetapi kami hidangkan kepada anda penampilan yang berbeza.

Kami mengharapkan anda berasa seronok membaca buku ini, di samping mendalamkan ilmu kita tentang fikah. Fikah is the way of life. And life is fun. So, fikah also fun! Akhirnya, diharapkan kita dapat merasa keseronokan dan kenikmatan beribadah kepada Tuhan. Marilah kita menjadi hamba Tuhan yang seronok melakukan ibadah.

Untuk melihat cover bukunya, sila klik Fikah Itu Memang Best!

Read more...

Selasa, Julai 11, 2006

TETAP WIRA

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP