Khamis, Januari 18, 2007

Asar Terakhir Ini

Asar terakhir ini
basuhlah wajah bersalut dosa
dan mulut berlidah hitam itu
dengan wuduk terakhir hari ini
sucikanlah hati cemar
dengan istighfar penutup tahun.

Maghrib nanti
ucaplah syukur kerna panjang umur
muhasabahlah diri dan amalan sepanjang tahun
berdoalah moga dikurniakan
rezeki berkat iman rahmat
selain hidayah dan taufiq yang memandu
sepanjang jalan di depan.

Endau, Mersing.
5 April 2000

SALAM MAAL HIJRAH 1428

KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAYR!



2 komentar:

Faisal Tehrani 8:08 PTG  

salam
eh zaid boleh tulis puisi! :)

zaidakhtar 9:54 PTG  

salam teh,
sikit-sikit (tambah merapu-rapu) tu bolehlah.
:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP