Ahad, Februari 04, 2007

IRBID, AKU RINDU! Di sinilah terletaknya Darul Ulum (lihat anak panah), rumah saya ketika belajar di Universiti Yarmouk, Irbid dulu. Ingat lagi Sesegar Nailofar? Ingat lagi watak Iqbal, Syahid, Hamizan dan si Arab Aiman? Inilah latar utamanya! Eh, di mana rumah gadis sopan menawan bernama Nur Hazwani?

Di sinilah Darul Ulum tempat bersejarah yang saya huni sejak September 1995 hingga September 1999. Ada sembilan orang jejaka Melayu mahasiswa Kulliyyah Adab, Qism Lughah Arabiyyah yang tinggal di situ. Kami terdiri daripada saya, Ustaz Khazri Osman (kini di FPI UKM), Ustaz Hafizi (SMAKL), Ustaz Fahmi Mustapa (Lahad Datu), Ustaz Khairul Annuar Abu Othman (calon MA di UKM), Ustaz Alias (Labuan), Ustaz Kamal (SMKA Limbang), Ustaz Farizan (SMKA Pedas) dan Ustaz Khairul Amin (UIA PJ).

Kampus Universiti Yarmouk dari udara. Kampus yang cukup strategik, saya kira. Lihatlah jalan penuh kenangan yang menganjur dari Dawwar Nassiem (Bulatan Nassiem) ke Dawwar Jami'ah (Bulatan Universiti). Banyak nostalgia yang tertinggal di sana. Hmm, di mana pula rumah Sumayyah?


4 komentar:

KSI 12:32 PTG  

Saudara: Ada sebuah blog yang baru ditulis oleh seorang pencari diri yang selalu menyendiri. Silalah lawati di alamat http://ksilmar.blogspot.com/.
Kalau sudi saya hendak masukkan blog sdr sebagai link. Tetapi silalah melawat dan berikan komen dulu. Terima kasih.

Kaklong 3:00 PTG  

salam,

ohh..ustaz la ni ya..

nak tanya, tahun berapa belajar kat sana dulu? suami saya kat univ. jordan (92-96).

zaidakhtar,  12:20 PG  

siapa nama suami kak long?

mazafirzie 1:50 PG  

hehe seems dat i shud read sesegar nailofar sekali lagi leh imagine how things goin on in Irbid kan? ^_~ when will be d launching of salju sakinah?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP