Isnin, Februari 26, 2007

JANGAN TEGUR SAYA!


SALAH akukah? Saya seringkali memuhasabah diri sendiri apabila menemukan sesuatu yang tidak saya senangi. Mungkin ini kaffarah. Mungkin ini cabaran-cabaran dakwah.

Satu hari pada minggu lepas. Lokasinya di sebuah kedai mamak 24 jam. Saya terserempak dengan dua orang anak gadis - bekas pelajar saya pada 2006. Saya kenal mereka kerana saya mengajar Bahasa Arab Tinggi untuk tingkatan lima tahun sudah. Dari jauh kelibat mereka berdua sudah saya cam lantaran kedua-duanya membesar dan memutik remaja selama lima tahun di sekolah saya (sebuah sekolah agama).
Namun hati saya lekas dikerumuni sedih apabila melihat cara mereka berpakaian. Mereka tampak berseluar. Saya tidak kisah. Sebab memang ramai yang lebih selesa berseluar panjang daripada memakai kain. Tetapi melihatkan lengan dan siku terdedah serta dada yang agak membukit, saya kelu tidak terkata.
Mereka nampak serba salah dan sangat tidak selesa tatkala saya mendekati mereka. Dengan hanya berT-shirt lengan pendek dan tudung bawal yang sekadar menutup leher dan kepala, saya pasti mereka lupa pada peringatan yang saya berikan sebelum mereka meninggalkan sekolah kami dulu.
Baru saja tidak bersekolah beberapa bulan. Keputusan SPM pun belum keluar. Tapi penampilannya sudah begini. Saya tidak pasti bagaimana agaknya apabila berada di IPT nanti.
Saya tidak menegur mereka. Sekadar melirik senyum. Mereka juga tidak bersuara walau sepatah kata. Tetapi saya pasti, mereka masih ingat kata-kata saya dulu, "Jangan tegur saya jika kamu berpakaian begitu!"

Barangkali gambar di atas kurang jelas. Justeru untuk mengetahui kesalahan-kesalahan cara berpakaian wanita-wanita di atas, klik saja di sini.

8 komentar:

Tanpa Nama,  11:33 PG  

sabar ustaz..ana tumpang bersedih...insyaAllah, kita sama2 doakan mereka yang terlupa..

Ummi insyaAllah 2:52 PTG  

mcm2 gaya anak muda skrg..sy pun kdg2 mempunyai perasaan yg sama seperti ustaz bila sy melihat cara kwn2 sy berpakaian yg sudah tidak sama lg dgn zaman persekolahan atau zmn kami di IPTA...sekejap shj mrk sudah melupakan pesanan ustaz2 kami dahulu...
apa2pun sy doakan Tuhan beri petunjuk utk mrk berubah ke arah yg lebih baik....insyaAllah

Hany FF 5:18 PTG  

itu yang susahnya bila diri tak mahu ingatkan diri sendiri. nak tunggu orang lain ingatkan, sampai bila ustaz nak bagi peringatan kan? nak tunggu berada di bi'ah solehah spt sekolah agama baru nak jaga, tapi di tempat lain depa buat lupa.

agaknya, lupa akan hakikat Allah yang Maha Melihat dan Raqib & 'Atid yang mencatat kot!

emhh..emhh...

zaidakhtar 5:37 PTG  

:-( entahlah.

saya lihat dari setahun ke setahun makin teruk. tunggulah bila keputusan SPM keluar seminggu dua lagi, macam-macam gaya/fesyen bekas anak2 murid yang akan saya temui bila mereka hadir ke sekolah.

kalau mereka bukan dr sek men agama, saya tidak berapa kisah. tapi malangnya...

kitakah yg tidak tegas, terlalu moderate, atau apa sebenarnya yg melanda umat Islam akhir zaman ini?

Faisal Tehrani 4:58 PTG  

salam,
dah cikgu pun berlambak pakai macam ni di sekolah tanpa segan silu, hah apa nak jadi tak tahulah. sebab geram sakit hati (bukan geram suka) saya pun tulis manikam kalbu :)

zaidakhtar 10:11 PTG  

Moga MANIKAM KALBU akan berjaya MENIKAM KALBU pembaca yang jahil atau lalai atau lupa.

zlaa 8:22 PTG  

Di IPT zaman sekarang makin bertambah teruk pakaian dan juga akhlaknya. Ala-ala artis. Itu-lah kesan dari terlalu banyak rancangan hiburan di televisyen. Artis menjadi role model, baik pakaian mahupun akhlaknya.

YaMiNa 12:54 PTG  

dulu sy pernah tampal gambar cara berpakaian itu di satu sudut di pejabat... kesannya, saya disindir dan dikata macam2 oleh kawan2 yang terasa tersindir dengan gambar itu.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP