Ahad, Mac 25, 2007

AL-HILM AL-ARABI (الحلم العربي)


Sesekali menonton saluran ART, kadangkala terserempak dengan klip video menarik ini. Lantas nostalgia silam tentunya kembali bertandang. Al-Hilm Al-Arabi - lagu yang sangat popular sekitar 1998, jika saya tidak silap. Hampir setiap hari ia tersiar di kaca-kaca televisyen Timur Tengah kala itu. Malah sangat kerap kedengaran di corong-corong radio. Panjangnya lebih 16 minit. Seramai 23 orang penyanyi dari negara-negara Arab (minal Muhit ilal Khalij) telah berkolaborasi menyumbang suara untuk lagu yang mengungkap penderitaan dunia Arab. Klik Al-Hilm Al-Arabi untuk menikmati klip video lagu masyhur ini.

3 komentar:

babazahra' 9:21 PG  

a'kum
paling menarik sekali apabila penyanyi kholij yg gemuk nie menyanyi barulah aku tahu orang gemuk punyai suara yg lunak. dua kali mendengar lagu ini, dari duwwar nassem aku berjalan kaki ke duwwar jami'ah menjenguk kedai kaset mencarinya. kemudian ke duwwar qubbah pula utk menyewa video tape klip lagu-lagu yg ada al hilm al arabi. ah jordan saat zaman muda sungguh padat dengan memori.

zaidakhtar 8:57 PTG  

salam babazahra'.

man anta? sila e-mel saya ya. mungkin kita boleh kenal lebih jauh sebab dah penah kenal sebelum ini agaknya. rasanya mcm kenal. cubalah perkenalkan diri. saya dapati blog anta sangat menarik.

dalam banyak-banyak penyanyi yang menyumbangkan suara, tentulah Diana Haddad yang vokalnya cukup power dan berbeza (bukan sebab dia masih muda dan jelita ketika itu). hehe.

ya, vokal penyanyi wanita gempal sebelum Diana Haddad itu juga unik.

klip video Hilm Arabi memang menyayat hati. ditambah kolaborasi komposer dan penyanyi yang cukup hebat.

babazahra' 11:04 PTG  

lagu kazem saher juga menarik seperti Ya Quds dan Ya Arab. begitu juga dengan Beirut Sitti Dunia nyanyian Majdah Rumi. ia segar. dan menyayat hati.
aku rasa pun macam kita pernah jumpa. tapi aku cuma tinggal di irbid dan belajar di mafraq. 95 hingga 97 tinggal di irbid tapi lepas tu dah x larat nak berulang terus tinggal di mafraq. nanti kalau senang aku e mail.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP