Isnin, Mac 26, 2007

FARSYI TURAB فرشي التراب


Setelah membeli Nasyid Legenda pertengahan tahun lepas, saya cuba mendapatkan pula Di Bawah Satu Cahaya. Nampaknya album kedua Ustaz Akhil Hayy ini lebih enak untuk dinikmati dan dihayati. Pengalaman yang didapati dalam pembikinan album nasyid sulungnya dulu barangkali menambah kekuatan album ini dan saya sebagai pendengar terasa lebih selesa menikmati.
Konsep lagu dan muzik dalam album ini juga jauh berbeza dengan yang sebelumnya. Selain lagu Arab berjudul Farsyi Turab yang meremangkan bulu roma, lagu-lagu nasyid seperti Ku Takkan Berpaling, Nawaitu dan Berita kepada Kawan (lagu asal duet Ebiet G Ade & M.Nasir) menjadi pilihan saya. Dalam lagu Nawaitu sesekali kedengaran vokal Ustaz Akhil iras-iras Zamani Slam, tetapi ternyata suara bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh ini lebih nyaring, memikat dan bertenaga. Tidak lupa, album ini turut menyelitkan lagu Tolonglah Kami (lagu anak-anak yatim dalam filem Tiga Abdul) ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Tentu ramai yang dah dengar lagu Farsyi Turab yang dinyanyikan semula oleh Ustaz Akil Hayy. Saya fikir penyampaian Akhil Hayy dalam lagu ini lebih berjaya berbanding penyanyi asalnya baik dari segi penghayatan mahupun vokal.

Di sini ada link untuk melihat klip video lagu asalnya yang disampaikan oleh Meshary AlArada. Sangat baik sebagai tazkirah kepada kita!


3 komentar:

BooK 7:46 PTG  

zaid,
tak silap aku. berita kepada kawan tu lagu ebiet g. ade seorang.
cuma sekali dia ada berduet masa show kat mana entah. dengan m. nasir.
harap maklum.

zaidakhtar 8:19 PTG  

ya, betul agaknya.
lagu itu mungkin dah lama. cuma yang mula-mula saya dengar dalam Konsert Akar M.Nasir pertengahan
90-an. Ebiet jd penyanyi undangan. dan konsert itu dialbumkan.

ekspresi 9:28 PG  

lagu kutakkan berpaling, memang merdu, asyik dan dalam. aku dapat lagu itu daripada shamsuddin othman, daripada laptopnya dalam bentuk mp3 ketika meeting di langkawi. dia kata lirik lagu itu dia yang tulis! untuk pastikan cuba tanya dia.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP