Khamis, Mac 15, 2007

SIAKAP SINOHONG!
Media arus perdana semakin diragui kejujuran apabila terbukti salah satu beritanya yang menyiarkan laporan tidak tepat berhubung keputusan SPM seorang pelajar cemerlang baru-baru ini.

Pada 4 Mac lalu, negara dikejutkan dengan pengumuman 'Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006' oleh salah sebuah akhbar yang disifatkan mendahului laporan rasmi Kementerian Pelajaran yang mengumumkan keputusan SPM semalam yang jauh berbeza dan keputusan sebenarnya ialah memperolehi 14A1.

"Lima hari lebih awal keputusan telah bocor dan ini tidak pernah terjadi sebelum ini apatah lagi laporannya pula salah. Adakah ada agenda politik dan berkepentingan orang-orang yang tertentu?" kata Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Akibatnya keluarga dan seluruh rakyat Johor menanggung malu kerana telah membuat persiapan untuk menyambut keputusan Nadiah yang dijangka memperoleh 19A1," katanya selain merujuk kepada puluhan banting yang memaparkan wajah Nadiah di tiang-tiang elektrik di Rengit, Johor.

Justeru katanya, Mazlan meminta pihak-pihak yang terbabit khususnya Lembaga Peperiksaan Malaysia tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara itu dan memohon maaf kerana melaporkan berita yang tidak tepat, di samping media juga perlu berhati-hati dalam mensensasikan sesuatu berita yang memberi kesan buruk kepada sesetengah pihak.

Keputusan keseluruhan ialah pelajar paling cemerlang ialah pelajar Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan,Kelantan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 17 1A dan satu 2A; manakala seorang pelajar berusia 15 tahun Melisa Sia Yin Ying mencatat sejarah apabila menjadi calon termuda memperoleh 17 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Isnin lepas.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP