Rabu, April 18, 2007

PROMOSI

Antologi Cinta dan Rona Kinanah, sebuah antologi cerpen dan sajak yang menghimpunkan 16 cerpen dan 10 sajak daripada sejumlah 15 penulis daripada Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Mu'tah Jordan dan Universiti of Jordan, Jordan. Sebanyak 9 cerpen telah berjaya menembusi surat khabar dan majalah tanah air, manakala selebihnya adalah karya segar yang terpilih.
Antologi ini mengungkap pelbagai tema dan persoalan dan ditulis oleh sekelompok penulis dengan latar belakang pengajian agama. Dipasarkan di Mesir, Jordan dan Malaysia.
Harga Mesir - LE 6. Harga Malaysia - RM6 (tidak termasuk kos penghantaran) / RM 11 (termasuk penghantaran) Harga Jordan - hubungi asyraffdini@yahoo.com untuk makluman harga.Penjualan di Mesir sudah bermula sekarang, di Jordan sebaik saja antologi ini tiba ke sana, dan di Malaysia mulai akhir Julai, berdasarkan tempahan.
Pembeli di Malaysia perlu membuat tempahan awal supaya stok mencukupi. Untuk maklumat lanjut, layari Antologi Cinta & Rona Kinanah.

2 komentar:

Mohd Zaki M.Noor 10:06 PTG  

Terima kasih sebab tolong promot :D

zaidakhtar 11:18 PG  

:-)
sesekali tolong kawan-kawan.
promosi kena luas.
takkan nak suruh ustaz-ustazah saja yang baca?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP