Khamis, April 05, 2007

SYAFAAKA ALLAH

Sejak Sabtu malam Ahad lalu, ketika berada di SMKA Maahad Muar, hati saya sebetulnya tidak keruan. Ada wajah intim yang terbayang-bayang. Ada suara mesra yang terngiang-ngiang. Cukup mengganggu saya beberapa hari.

Lantas Selasa lalu, sepulang dari sekolah, saya nekad mengambil keputusan untuk bergegas seorang diri ke Johor Bahru (walaupun keesokannya hari bersekolah dan saya akan tiba di Segamat menjelang tengah malam) demi menziarahi seorang teman akrab yang terlantar uzur di Hospital Sultanah Aminah. Dia, Abdul Qadir Abdul Hamid, mantan Pengerusi BKPJJ (Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan) sesi 1998/99 sedang menderitai barah peparu yang telah menjajah sepasang organ pernafasannya. Kini sedikit demi sedikit sedang melarat menjangkiti hatinya pula.

Sejam saya habiskan untuk bersamanya. Entah bila lagi kami akan dapat bersama begini. Banyak kenangan yang kami himpun bersama satu ketika dulu, tetapi kata-kata kali ini lebih kerap tersimpan di peti suara. Tambahan pula, dia bercakap dalam keadaan yang amat sukar, tersemput-semput dalam kesakitan menahan bisa yang menikam dada. Namun hingga saat ini, ayatnya yang kekal saya ingat, "8 haribulan April ni hari lahir aku yang ke-33. Tapi aku redha. Dah begini takdir nasib aku. Agaknya ini bahagian ujian dari Allah untuk aku."

Saya sebak amat. Namun air mata tidak pula keluar. Sesekali memandang ke arah isterinya, Kak Huda. Ibu mertuanya. Masing-masing membalas dengan pandangan sayu. Menurut mereka, semua sesi rawatan kemoterapi sudah selesai. Kini yang tinggal hanyalah ....

Abdul Qadir, moga engkau kuat, sahabat. Menziarahimu mengingatkan aku betapa hidup ini pinjam-pinjaman. Nikmat sihat ini juga sementara. Dan sesungguhnya setiap kita punya bahagian ujian masing-masing.

Memo: Untuk pengetahuan semua yang barangkali masih belum mengetahui. Sahabat saya, Abdul Qadir Abdul Hamid telah kembali ke Rahmatullah pada petang Jumaat, 6 April 2007 - 2 hari sebelum hari lahirnya yang ke-33. Inna lillah wa inna ilaihi raji'uun. Sesungguhnya dia, saya akui, seorang insan yang baik, sangat ringan tulang dan begitu banyak jasa baktinya kepada kami anak-anak Johor di Jordan pada dekad lalu. Moga Allah sentiasa merahmati dan menerima segala amalannya.

9 komentar:

babazahra' 10:29 PTG  

aku ada dapat sms 3 hari lepas beritahu kadir sakit katanya kanser paru-paru tapi belum ada kesempatan lagi nak melawat. ingat nak juga pegi tapi ramai2 skit baru berbaloi dari KL ke JB. walau kadir dengan aku x rapat dan mungkin x berapa ingat dengan aku tapi aku ingat dengan dia dan semua yang pernah menghirup udara di Jordan circa 1995-2001 adalah saudara mara aku. sampaikan salam aku nanti kalau kau pergi lagi.

mohd,  4:25 PG  

Salam..Ust Zaid,Abd qadir itu pun antara sahabat sahabat saya di Jordan dulu.Kami agak rapat dan saya mengenali ayahandanya Iman Abd Hamid selaku Imam Masjid Polis Merin,Cawangan Selatan.Bolehkah Ustaz Zaid paparkan no hp beliau untuk saya bersms dngan beliau?2005 belaiu kehilangan adik perempuannya jika tak silap.Semoga Allah menyelamatkan beliau.Allah Yasfihu..Amin.

Abu Saif 12:23 PG  

Assalamualaikum.

Puas ana menyelongkar memori mencari Abdul Kadir tetapi an hilang kepastian. Jika ada peluang ustaz bertemu dengannya lagi, sampaikan salam ana kepadanya. Tanda kasih sahabat seperjuangan...

Abu Saif 12:24 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
zaidakhtar 11:49 PTG  

Al-Fatihah utk arwah Abdul Qadir yg kembali ke Rahmatullah pada waktu Asar petang Jumaat semalam.

Inna lilah ...

Bie 10:06 PG  

Ustaz....al-fatihah utk kwn ustaz...semoga arwah tenang di sana.Bertuahnya kwn ustaz meninggal hari jumaat.

Saya juga br kehilangan seorg shbt baik akibat pendarahan dlm otak.

hakim dirani 4:08 PG  

Syafaahullah. amin.

Tanpa Nama,  10:23 PTG  

ana baru baca catatan anta hari ini, baru tau yang Akh Kadir dah meninggal..

ana tak tau nak contact anta cam mana, dah tulis dalam guestbook anta pun dulu dan email tapi no reply..

moga ukhuwah kita berterusan..

-Nazri Samsudin,
www.mendidik.blogspot.com
bosman78@yahoo.com

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP