Khamis, Mei 10, 2007

KARIKATUR BULAN INI
Apahalnya ni? Ada acara lawan tarik tali?
Serasa-rasanya macam saya kenal jejaka berbaju serba merah, orang tua berbaju hijau, dan lelaki berkemeja-T putih di sebelah kiri. Yang di sebelah kanan itu, siapa pula gerangannya? Boleh sesiapa tolong bantu saya?

12 komentar:

mohamadkholid 9:05 PG  

saya rasalah - ramlee awang murshid, adiat dan sri diah...

saharil 12:16 PTG  

mungkin tak disengajakan, tetapi yang menang sayembara dilukis tua-tua, sehingga baju merah pun nampak mcm berusia setengah abad. yang menulis novel popular cun melecun muda remaja. ehehe.

zaid 9:02 PTG  

Kholid,
terima kasih. mungkin ya, atau ada pandangan lain?

Ha'ahlah, Saharil.
Nampak berusia benar yang berpakaian serba merah tu.
Hehehe.

blackpurple 4:11 PTG  

Eh...yang baju kuning kanan itu seperti familiar biarpun belum pernah saya menyentuh karyanya...

Ideal 6:09 PTG  

Ramli Awang Mursyid... hmhh.. jangan main-main, walaupun dia menulis karya popular, pernah juga menang hadiah sako menerusi novelnya Pei Pan. ;-)

Azree MH 12:21 PG  

yang baju hijau tu bukan ke pak latip? Baju putih tu tak dapat cam plak.

Baju merah tu bila nak kahwin? Hehe.

zaidakhtar 9:19 PG  

baju hijau tu mirip cikgu shahnon.
yg berbaju putih pula cikgu azizi agaknya.

Tanpa Nama,  5:22 PTG  

Saya setuju dgn Ideal. Saya juga peminat Ramlee Awang Mursyid. Walaupun beliau menulis novel popular, namun sarat dgn hikmah. Novel sastera mungkin sarat dengan isu kemanusiaan namun, ada kalanya masih kurang dari aspek keagamaannya.

Fahd Razy 1:07 PG  

Oh, yang belah kanan tu rasanya yang menang sayembara hari tu. Yang belah kiri saya tak kenal, tak pernah jumpa, tak boleh bayangkan mukanya dikarikaturkan. Di mana ada karikatur ni ek?

aliffmustakim 6:12 PTG  

Ramli Awang Mursyid, Ahadiat Akashah dan Mmungkin Sri Diah. Karya kreatif vs karya kualiti adakah perlu menyalahkan keduanya? Bagi saya kreayif itu bagus apa!

ahliukhwah,  10:15 PTG  

Sdr Aliff,
rasanya saudara masih keliru yang antara "kualiti" dan "kreatif".

Agaknya saudara fikir; penulis yang berkualiti tidak kreatif?

Mak andam juga seorang yang kreatif dan berkemampuan menghasilkan gubahan yang berkualiti.

Ideal 1:02 PTG  

ahliukhwah,

saya kira kadang-kadang begitu jugalah seperti mana ramai para pendokong sastera serius, yang masih keliru antara "popular" dan "kualiti".

Adakah karya yang popular (laris terjual) bermaksud tidak berkualiti? Sedangkan Ramlee Awang Mursyid telah membuktikan bahawa karya-karyanya popular (diterbitkan Alaf 21, digila-gilai pula oleh remaja-remaja perempuan), tetapi sekaligus punya kualiti (kalau mahu diukur dari sudut menang anugerah, seperti mana yang dipaparkan secara sinis dalam karikatur entri ini).

Ramlee pernah menang tempat kedua dalam pertandingan novel dewasa anjuran DBP Sabah menerusi IGAUAN MAUT. Juga menang hadiah Sako menerusi Pei Pan. Novel-novelnya yang lain, yang "popular" itu pun, saya pasti tidak kurang kualitinya. Hanyasanya, dia tidak memilih untuk menghantarnya untuk apa-apa pertandingan.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP