Rabu, Mei 02, 2007

SELAMAT JALAN, MOURINHO!


Wang bukanlah segalanya! Begitulah yang dapat disimpulkan bagi menggambarkan nasib yang menimpa pasukan Chelsea dan pengurusnya yang bermulut celupar, Jose Mourinho (kanan).
Setelah berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih 500 juta paun dalam masa tiga tahun, kelab berjersi biru yang dimiliki jutawan Russia, Roman Abramovic tunduk buat kali kedua dalam masa tiga tahun di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah di tangan Liverpool yang dikendalikan oleh Rafael Benitez (kiri), awal pagi tadi.
Liverpool yang dipimpin pemain sensasinya Steven Gerrard berjaya menewaskan Chelsea 4-1 menerusi sepakan penalti setelah kedudukan agregat terikat 1-1 di Anfield.
Jelas sekali, barisan pemain bertaraf bintang yang dibelinya masih gagal menjanjikan apa-apa tahun ini selain League Cup. Memang menyedihkan dan mengaibkan. Ditambah
pula, Chelsea hampir kehilangan gelaran liganya kepada Man Utd. Sekalipun dipenuhi bintang-bintang dunia, kelab yang berpusat di Stamford Bridge ini terkenal sebagai pasukan yang sering bermain defensif (sering mengharapkan long ball dan set-piece) dan sekadar mahu menang 1-0 dalam kebanyakan perlawanannya.
Tetapi Mourinho yang terkenal dengan komen-komen kontroversinya yang lancang masih lagi menganggap pasukannya the best team lost meskipun jelas perlawanan didominasi oleh Liverpool. Hanya kecekapan penjaga gol, Petr Cech beberapa kali menafikan peluang The Reds untuk menang lebih bergaya.
Gambar bawah: Jose Reina menyelamatkan sepakan pakar penalti Chelsea, Geremi.

6 komentar:

Rebecca Ilham 5:58 PG  

Salam Ustaz Zaid,

saya setuju. Kemilau bintang di Chelsea terlalu berkilau, sehingga menenggelamkan prestasi mereka sendiri. Saya suka gelar Chelsea The English Real Madrid.

Saya pun tak berapa senang dengan tabiat cakap lepas Mourinho. Berkesempatan berbual dengan seorang pemandu bas di Manchester, katanya, "Bukan pemain Chelsea yang kami tak suka, tapi pengurusnya!"

Tahniah atas kemaraan Liverpool ke finale Champions League. Nampaknya ini ulangan perlawanan tahun 2005. Selamat berjaya, saya akan menyokong skuad merah ini dari jauh.

zaidakhtar 3:10 PTG  

Becky,
Kalah di final pun tak apa,
yang penting dapat singkirkan Chelsea!

Bagaimana dengan MU?
Jelas sekali belum sama 'level' dengan Liverpool di pentas Eropah.
:-)

Tanpa Nama,  11:52 PG  

Cikgu Zaid,

Saya sering melawat & baca blog cikgu. Saya dpt rasakan (..jika saya tak silap)cikgu merupakan peminat Liverpool. Saya ikuti EPL ini sejak bangku sekolah..., sememangnya sejak 4-5 tahun belakangan ini saya antara peminat Chelsea + Liverpool tetapi hanya sikit2 aja minat Man U + Arsenal.

Walau Chelsea tak mampu ke akhir Liga Juara-Juara, akhir nanti saya sokong AC Milan kerana AC Milan dah tewaskan Man U... hehehe...

Saya respect cikgu kerana minat terhadap bolasepak EPL mahupun Eropah.

Sekian.

rar/dbpws

babazahra' 9:38 PTG  

bro,
agak2 boleh ke "lucky nite in Istanbul" berulang di Athens? Liverfool nie nampak mcm lucky club aje, 1st knockout main ngan Barca pun luck jugak pastu jumpa ngan team lemah PSV, then jumpa Chelsea yang "badi". ikut level lah, main liga kampung pun belum lepas, ngan Fulham n Pompey pun terduduk, itu dah masuk final Champions League tu...hehehe konsisten bro - The Red Devils. last sekali boleh tolong kirim salam dengan Nazom, kalu jumpa lah, dengar citer dia pun ngajar di Segamat.

zaidakhtar 11:46 PTG  

Encik Rusdi,
tak sangka anda juga 'berjaga malam' masa di Tg Piai dulu.
:-)

Babazahra'
Luck?
Biasalah, bola sepak mmenang perlukan luck. Mungkin ramai yg tak tahu sejarah Man Utd memenangi EPL mereka yg pertama pd musim 1992/93. Bukan lagi luck yg diperlukan, tapi bantuan pengadil.

Pengadil sengaja menambah masa kecederaan kepada 6 minit dlm perlawanan terakhir liga ketika menentang Sheffield Wednesday bagi memastikan MU berjaya menjaringkan gol (akhirnya) dan seterusnya menang!

Konklusinya? Sejarah kegemilangan MU pada era 90-an dimulai dengan
'bantuan pengadil'.

Hehehe. Maaf penyokong-penyokong MU. Itu realitinya. :-)

babazahra' 5:25 PTG  

itu memang ingat bahkan pengadil yg sama juga dah kemukakan satu demi satu insiden hingga menyebabkan tempoh 6 min itu ditambah. ESPN dah siarkan dalam program 10 tahun EPL. memang sangat tepat. bagus betul pengadil yg amanah itu. luck memang penting tapi main pun kena menang n kena score banyak-banyak. tengok goal different lagi. baru tahu siapa yang ada luck. bukan?

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP