Khamis, Mei 10, 2007


TERLAMBAT 17 TAHUN?

Petikan Harian Metro semalam (Rabu) ada menyebut: Wanita di negara ini mendapat ‘peluang kedua’ untuk menuntut cuti bersalin selama 84 hari setaraf negara lain, apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan sekali lagi menghantar memorandum kepada Kabinet bagi memperjuangkan hak itu.

Memorandum itu menuntut majikan di negara ini melanjutkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 12 minggu, seperti dipersetujui kerajaan ketika Konvensyen Perlindungan Materniti anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), tujuh tahun lalu.


Memo: Alhamdulillah. Mudah-mudahan usaha yang baik ini dapat diteruskan dan akan diluluskan oleh kerajaan pemerintah. Insya Allah. Namun rasanya, Kerajaan Negeri Kelantan telah lama melaksanakannya, iaitu sejak pihak oposisi memerintah mulai 1990. (Kalau tidak silaplah!)
Apapun, meski sudah terlambat sekalipun, untuk kebaikan rakyat, janganlah segan-segan untuk dilaksanakan. Sama seperti kes kakitangan awam bekerja 5 hari seminggu (bercuti pada hari Sabtu) sebelum ini. Akhirnya, kerajaan terpaksa akur dan terhegeh-hegeh 'meniru' Kelantan juga. Justeru perkara yang baik-baik, walaupun dari pihak oposisi, tidak harus dipandang sebelah mata.

Bagi menambah bilangan hari cuti bersalin ini, sudah banyak negara yang melaksanakannya seperti China selama 90 hari, India (12 minggu), Myanmar (12 minggu) dan Vietnam (120 hari).

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP