Jumaat, Jun 29, 2007


Apa kata panel hakim?

Kekuatan novel ini terletak pada muatan nilai agama. Syahir tampil sebagai role model ahli sukan remaja yang mempertahankan syariat dalam sukan meskipun dia menghadapi pandangan skeptikal daripada orang di sekelilingnya. Nilai yang dibawa oleh novel ini berupaya mengubah paradigma remaja agar lebih komited terhadap agama walaupun mereka aktif dalam sukan.

Sebagai sebuah teks yang kaya dengan maklumat, novel ini memberikan manfaat yang besar kepada khalayak pembaca.

Dari segi teknik penyampaian, novel ini sesuai dengan khalayak sasarannya, yakni remaja awal kerana tidak dibina dalam struktur yang kompleks sama ada dari segi perwatakan, gaya bahasa dan aspek lainnya. Begitupun binaan naratifnya tidaklah pula terlalu simple; masih wujud teknik yang kompleks terutama dari segi plot tetapi tetap komunikatif untuk khalayak sasarannya. Kompleksitinya plotnya memadai ditandai dengan teknik imbas kembali dan unsur ketegangan yang disisipkan secara berseni.


Kelebihannya yang lain terletak pada kekemasan binaan naratif; watak, konflik dan pengucapan bahasa yang ditampilkan secara selektif dan disusun dalam struktur yang rapi. Tiada unsur pembaziran dari segi pengemukaan watak; setiap watak mempunyai peranan yang melengkapkan alur cerita.

Konfliknya juga berfungsi untuk memperkukuh penyampaian pemikiran dan pembentukan tema keseluruhan. Dengan kelebihan dari segi muatan dan seni penukangan naratif, novel ini mempunyai merit untuk diiktiraf sebagai bacaan yang bermutu untuk khalayak sasarannya, iaitu remaja awal.

-Laporan Panel Hakim HSKU 2006
Memo: Penulis akan muncul di TV1 dalam program Selamat Pagi Malaysia pada Sabtu 30 Jun, sekitar jam 8.20 pagi untuk slot Resensi Buku.

13 komentar:

zf_zamir 4:34 PTG  

salam, tahniah!!

Hany FF 6:45 PTG  

mabruk ustaz! :)

syauqah-el-wardah 12:40 PG  

tahniah, ustaz! ^_^

bila agaknya saya dapat memiliki novel ustaz ni? pertanyaan kepada diri sendiri...

Sofwah 8:30 PTG  

Salam,

alamak, terlepas menontonnya...
tak pe, tak pe...
Novel ini dalam senarai pembelian, inshaAllah :)

Tahniah sekali lagi...

Wassalam...

Rebecca Ilham 7:15 PTG  

Salam, ustaz.

Tahniah!

P.S. Saya dah dapatkan novel ini.

zaidakhtar 10:38 PTG  

Syukran ya ikhwati.

Zf-Zamir,
Allahu yubarik fika.

Hany FF,
Allahu yubarik fiki.
Masih terasa bersalah kerana menghampakan permintaan kalian :-(

Wani,
bila-bila pun boleh.

Sofwah,
ini novel remaja awal. Tidak terlalu membuai barangkali. Maaf jika menghampakan.

Rebecca,
dah beli dan baca? maafkan saya jika anda menyesal mendapatkannya.
:-)

Rebecca Ilham 2:08 PTG  

Salam, ustaz.

Sudah baca. Dan saya langsung tidak menyesal membelinya. Best sangattt!
Ulasan tentang JIdJ ada di www.beckythebookworm.blogspot.com

zaidakhtar 6:51 PTG  

Becky,
syukran atas ulasan di weblog anda.
syukran juga kerna sudi membaca novelet saya yang seadanya itu.

maaf, saya tergesa-gesa dan tak sempat meleret-leret, justeru novelet itu agak pendek.

syukur kerna anda tidak menyesal!

alqasam 8:28 PTG  

Salam

Sangat menanti penuh harap akan dapat memiliki novel malar hijau lagi segar ini.

Moga-moga

Amin

Teruskan menulis

p/s: bila agaknyaya salju sakinah akan keluar ustaz?

TINTARONA Publications Sdn Bhd 9:28 PG  

JIDJ, pembacaan santai, lancar, tahu-tahu sudah habis 174 muka surat. Biarpun santai dan bersahaja tetapi penuh makna. Perbanyakkan karya sebegini.

zaidakhtar 5:45 PTG  

alqasam,
Salju Sakinah? Doakan agar dipermudahkan urusannya. Moga-moga sebelum berkahirnya tahun ini.

Tintarona,
terima kasih sbb sudi menikmatinya.

akh Fununiah,  8:11 PG  

salam,

tuan zaid...seronok membaca karya tuan, alhamdulillah.

p/s: harap dpt usahakan pula novel yg lebih serius utk disasarkan kpd golongan lebih dewasa...ke guano? semoga beroleh kekuatan

U-HAH 8:04 PG  

Salam Zaid Akhtar,

ana ingatkan anta ni dah tua, rupanye masih mude ke? Ana dah belek banyak kali juge buku anta tu dan memang tengah tunggu masa nak beli le tu...selamat berkenalan dari ana!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP