Khamis, Jun 07, 2007

DAH TAK ADA KERJA LAIN!?

Barangkali golongan umara' kita sudah tiada kerja lain dan muflis buah fikiran yang boleh disumbangkan untuk bangsa dan negara?

Tolak tepilah soal melanggar Perlembagaan atau tidak, yang penting matlamat jangka pendek tercapai. Maka jadilah bangsa Melayu bangsa yang bukan sahaja mudah lupa, tetapi tidak sedar dik untung.

Menurut pakar bahasa, Prof Emeritus Dr Nik Safiah Abdul Karim, istilah bahasa Melayu sebenarnya sudah diterima masyarakat majmuk yang merujuk Bahasa Kebangsaan.

“Saya sedih dengan keputusan Kabinet. Kita selalu tukar fikiran, apa salahnya kekal dengan istilah bahasa Melayu.

“Saya harap Kabinet kaji semula perkara ini kerana sudah jelas dalam Perlembagaan yang merujuk Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu,” katanya. Dr Nik Safiah berkata, bahasa Melayu sekarang bukan lagi merujuk orang Melayu tetapi umum mengetahuinya sebagai Bahasa Kebangsaan yang menjadi pertuturan harian rakyat.

Cuba kita dengar apa kata Awang Sariyan. Dan apa pula komen Ainon Mohd? Yang pasti, ada pihak yang akan buat duit.

Melayu oh Melayu. Makin dibiarkan, alamatnya makin malang nasibmu!


2 komentar:

ainon mohd 3:11 PTG  

Nampaknya Orang Jawa yang bersungguh-sungguh mahu mengekalkan nama Bahasa Melayu!

Ini tidak masuk akal...

zaidakhtar 9:00 PTG  

Puan Ainon,
umara' Hadhari ni bukannya bangga pun berbicara dalam BAHASA MELAYU. Fikiran mereka masih fikiran penjajah. Lidah mereka masih lagi lidah bercabang kolonial. Kita jugalah orang Melayu yang turut sama berdosa terlalu bermurah hati dan simpati hinggakan tergamak 'memangkah' umara' begini 5 tahun sekali.

Puan dan Prof tidak mahu bertandingkah di Bentong atau Janda Baik?

:-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP