Isnin, Jun 25, 2007

FRAGMEN NOVEL
Justeru Impian di Jaring

APABILA pertama kali saya diminta mendokumentasikan cerita ini, saya bagai terpana seketika. Saya tertanya-tanya. Adakah insan yang mahu mendengar cerita dan menyelusuri sebahagian perjalanan hidup saya yang saya kira tidak terlalu menarik ini? Sementelahan pula saya masih terlalu muda. Miskin pengalaman. Dan saya anggap masih belum benar-benar teruji dalam kehidupan.
Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita ini sebetulnya. Di permulaannya, di tengah-tengah atau di penutupnya. Semuanya pasti saling berkait. Dan pasti ada tempoh yang maha penting untuk lebih disorot.


Mudah-mudahan cerita saya yang seadanya ini ada manfaatnya. Dan moga saya yang memaparkan kisah sendiri ini tidak pula terasa ujub dan riyak melihatkan orang lain terkagum menikmati cerita ini.
Justeru sifat ujub dan riyak adalah dua penyakit hati yang sangat besar, selain hasad dan takabur. Saya sedari itu. Sangat hati-hati. Bimbang amalan saya bergaul sama dengan sifat-sifat maha mazmumah ini. Minta dijauhkan.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP