Rabu, Jun 13, 2007

NOVEL TERBARU dan SAKIT MATA

i
Ini ujian saya. Lebih tepat lagi, ia sebahagian daripada ujian yang telah Allah tetapkan untuk saya hadapi. Dia mahu melihat sejauh mana saya sabar dan tabah menghadapi kesusahan ujian sebelum menikmati keindahan kejayaan diimpikan. Rupanya Allah masih sayangkan saya meski nikmat sihat dan cergas yang saya nikmati selama ini ditariknya seketika.

Demikian sedikit petikan dari novel terbaru saya.
Kepada Tuhan saya merafakkan kesyukuran. Akhirnya hasrat untuk melihat novel terbaru saya diterbitkan pada tahun ini terkabul juga. Insya-Allah, jika tiada aral yang tiba-tiba muncul melintang, karya terkini itu akan 'meluncur' di pasaran sebelum berakhirnya bulan ini. Kecewa agak lama menanti Salju Sakinah yang belum dapat diramalkan hari kelahirannya, moga novel keempat ini sedikit sebanyak dapat menjadi nurbisa.

Lantaran lahirnya menjadi nurbisa, judulnya juga saya kira agak luar biasa. Usah tergegau kerana ia memang di luar jangka. Barangkali ia sesuai dengan latarnya yang jauh meninggalkan Timur Tengah yang menjadi semacam trademark novel-novel saya sebelum ini. Meskipun terhantar jauh daripada 'wilayah' kebiasaan, tetapi misi dakwah dalam karya tidak sesekali saya abaikan.

ii
Cuti sekolah selama dua minggu baru sahaja berakhir. Namun saya terpaksa menambah satu minggu lagi lantaran diserang sakit mata. Jadi, saya bercuti tiga minggu! Entah bagaimana saya terjangkit dengan penyakit ini. Hanya Dia yang Maha Tahu. Tetapi seperti mana fragmen novel saya tadi: Ini ujian saya. Lebih tepat lagi, ia sebahagian daripada ujian yang telah Allah tetapkan untuk saya hadapi. Dia mahu melihat sejauh mana saya sabar dan tabah menghadapi kesusahan ujian sebelum menikmati keindahan kejayaan yang diimpikan.

Mata saya mulai merah pada pagi Jumaat. Begitu juga puteri sulung saya, Nailofar. Irfan nampaknya kebal. Sementara isteri saya sedang berkursus selama 6 minggu di IPTI, Johor Bahru untuk menyudahkan KPLI KDC j-QAFnya. Justeru, saya dan anak-anak terpaksa berkurung di rumah dan meng'kuarantin'kan diri daripada khalayak. Dan sungguh, saya benar-benar terasa payahnya menguruskan dua anak seorang diri dengan mata yang sakit.

Masa yang berlalu percuma, saya isi dengan membaca buku, mengakses internet, dan menanda kertas jawapan peperiksaan pelajar. Namun, menjelang tengah malam semalam, barangkali kerana terlalu memberi tumpuan pada kertas yang diperiksa, pandangan saya tiba-tiba kabur. Saya kaget. Lekas berkejar ke dapur mendapatkan ubat titis yang dibekalkan pihak klinik. Setelah dititiskan beberapa kali ke mata, deria lihat itu sedikit lega. Namun beberapa minit kemudian, penglihatan terganggu kembali. Urat-uratnya terasa tegang.
Sungguh saya terlupa betapa mata juga punya saraf yang maha sensitif dan memerlukan rehat secukupnya. Nampaknya hak mata yang memang sedang sakit itu telah saya abaikan. Saya tiada pilihan. Apalagi yang wajar saya buat selain berehat dan terbaring tidur?

12 komentar:

Sofwah 9:42 PTG  

Salam,

Shafakumullah, Ustaz...
Baru nak beri "Salam Ziarah" dan ana sekarang ni sedang menggenggam Rona Bhosphorus dan Sesegar Nailofar :)
Tak tahu mana satu nak baca dulu ni...

Allah Yashfik, inshaAllah!

Wassalam.

zaidakhtar 10:21 PTG  

Salam Sofwah,

Allah yubarik fika.
Baru ketemu kedua-duanya ke?
Nak baca yg mana dulu?
Rasanya elok Nailofar dulu sebab ia yg pertama.

:-)

Sofwah 11:27 PTG  

Salam,

:)
Segan jugak nak ngaku, ana dah lama tinggalkan dunia kesusasteraan melayu ni... mengikuti karya FT dari pertengahan 90-an tapi tu pun, tenggelam timbul jugak... ni kira "musim timbul"...

Dan alhamdulillah, ketika "musim timbul" kali ini, selain blog FT, ana menemukan blog penulis yang tinggi mutu penulisannya seperti Nisah Haron disamping yang bernafaskan Islam seperti enta :) Alhamdulillah :) Jadi, pengembaraan ni memang terlambat sedikit... biar lambat, asal selamat, kot...

Mudah-mudahan enta diberi kekuatan olehNya untuk terus berkarya keranaNya, inshaAllah! :)

Wassalam.
UkhtSofwah

dyat_izme 9:29 PG  

salam,

tak sabar menanti kelahiran 'anak ke empat' ustaz ni =)

moga ustaz sentiasa diberi kekuatan & kesihatan. Amin.

babazahra' 12:16 PTG  

syafakallah anta wabnatik

zaidakhtar 2:51 PTG  

dyat wa babazahra',
asykurukuma!
al-intizar qit'atun minal azaab...
;-)

ummu hani,  4:53 PTG  

salam.
Alfun mabruk ustaz!
tak sabar nak nelaah nih!
dan tak sabar juga menyaingi Ustaz!

ummu hani

alqasam 6:11 PTG  

Rona Bosphurus memang sangat mengesankan. Sesegar Nailofar juga. Namun lebih terkesan dgn RB. Selain dr telah mengikuti dan menyintai karya2 yg lahir dari ustz, terutamnya cerpen2 lahir lewat majalah Muslimah dahulu, ana menanti penuh sabar karya yg terbaru. Moga lahirnya dengan sihat menyubur sastera dakwah dengan sihat juga.

Sebenarnya, elok juga bg ana, ust kekal dgn trademark timur tengah disamping tidak mengabaikan latar yg berbeza, kerana debu sahrawi dan pijar2 ardhil anbiya' tu rasanya sangat berbeza pelajaranya juga dapat mengubat hati-hati kami yg sudah lama meninggalkan bumi2 bertuah itu

Rai 12:43 PTG  

Salam Ustaz,

Tabik spring pada mereka yang boleh menukang novel ni hatta novel pop yeh yeh sekalipun. Aku bila nak nulis novel?Jangan tanya!

Tiga minggu cuti?Huh, parah gak tu!Aku sakit mata setengah hari masa di MPR dulu pun dah rasa ralat dan kurang glemer, hehehe...nasib baik tak duduk di rumah time tu.

Allah sayangkan kita semua!

zaidakhtar 8:01 PTG  

ummu hani,
siapalah sangat saya ni utk disaingi. penulis kerdil yg biasa-biasa saja.

alqasam,
syukran atas dorongan anta.

Rai28,
aku pun tak reti sangat tulis novel ni. macam baru belajar menulis novel rasanya.

Azree MH 11:40 PTG  

Kak Rai 28,
Kalau nak glemer kena tulis novel. Tapi dah salah niat la macam tu. Kang jadi macam novel-novel alaf21. :D

Husaini,  12:55 PTG  

Setahun lebih jugak menanti Salju Sakinah ni..huhuhu...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP