Rabu, Julai 18, 2007

ADA SESIAPA BERANI NAIK?
(SETELAH 14 KALI TERHEMPAS)


Kronologi Nuri Terhempas
Berikut adalah antara kronologi nahas membabitkan helikopter Nuri sejak 38 tahun lalu:

1. 15 Ogos 2004 – Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 orang penumpang termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh dari Miri ke Ba’Kelalan, Sarawak.
2. 30 Mac 2004 – Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.
3. 5 Mac 2004 – Dua anggota TUDN maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.
4. 19 Mac 1997 – Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang Sabah.
5. 16 Oktober 1996 – Dua orang terbunuh, tiga hilang manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang.
6. 11 Julai 1991 – Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak.
7. 10 Jun 1991 – Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira-kira jam 5.20 petang.
8. 16 Januari 1991 – Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kulang Johor terhempas ketika membuat pendaratan kecemaran di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor.
9. 28 Ogos 1990 – Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara semperna perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
10. 18 Disember 1989 – sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentara Darat dan TUDM termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Dato' Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Dato' Hasbullah Yussoff.
11. November 1989 – Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas pesawat Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak
12. 11 Julai 1981 – Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
13. 25 April 1981 – Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak. - mks.

2 komentar:

Mak Vogue 10:43 PG  

Salam Ustaz,

Aku nak nyanyi kat kau lagu Joget Burung Nuri, tapi liriknya aku ubah sikit:

Burung nuri terbang tinggi
hinggap mari di atas papan
mari-mari naiklah Nuri
tapi standby dengan kain kapan...

Eh, nampak macam main-main je tapi aku sedih sebenarnya dengan berita tu. Kesal, marah dan macam-macam lagi rasa yang menyebabkan aku pun terhempas sama saat baca paper pagi tu.aL-FATIHAH.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila 4:49 PTG  

Salam Ustaz,

Sepatutnya Menteri Pertahanan YAB, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah sedia maklum keadaan ini.

Jangan asyik fikir nak berjimatkan wang negara tapi dalam masa yang sama mengorbankan nyawa2 pahlawan kita kerana masih sayangkan Nuri. Tak nak membazir konon....

Fikir2 kanlah....kalau jet peribadi rakyat Malaysia sanggup membahagikan pendapatannya setiap bulan kepada LHDN utk kegunaan pembesar2 negara kenapa Nuri-nuri yang dah berusia itu tidak diganti dengan yang baru saja demi keselamatan PAHLAWAN-PAHLAWAN KITA semasa menjalankan tugas melindungi dan mempertahankan negara?!

Wallahu'alam.

Armiza Nila
p/s....sebagai rakyat kecil, kita hanya mampu bersuara dengan memberi pendapat...terpulanglah kepada pembesar-pembesar untuk mengambil tindakan. Kita hanya mampu TUNGGU DAN LIHAT ENTAHKAN SAMPAI BILA?!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP