Selasa, Ogos 07, 2007

KALA OGOS DATANG


OGOS datang lagi. Selain mengingatinya sebagai bulan merdeka, saya kerap merenung kembali perjalanan diri setiap kali tibanya bulan ini. Tanggal 1 Ogos lalu, bermakna genaplah 6 tahun saya bertugas menabur bakti di sekolah ini.

6 tahun yang terasa sekejap sebetulnya bukanlah perjalanan yang pendek saya kira. Di sinilah saya menikmati bahagia - berumahtangga dan beroleh dua cahaya mata. Saya kira lebih sepertiga usia, saya habiskan di daerah Segamat ini, lebih tepat lagi di SMKA Segamat.

Saya masih ingat lagi tarikh 26 Disember 1989, hari pertama saya mendaftar di sekolah bertuah ini untuk masuk ke tingkatan satu. Terasa masih baru hari itu. Kali pertama bersua Ustaz Paiman Jemo, pengetua sulung sekolah ini. Kemudiannya bagai tanpa sedar lima tahun berlalu. Itulah fasa pertama saya di sini. Sebagai pelajar.

Sementara fasa keduanya menyusul enam tahun kemudian. Setelah saya meninggalkan daerah ini pada 1995 untuk melanjutkan pengajian ke Jordan, saya sendiri tidak menyangka akan kembali lagi. Lalu bermulalah fasa keduanya dengan saya menjadi tenaga pengajar di sini mulai 1 Ogos 2001.

Kini 6 tahun berlalu. Banyak kenangan tersimpan. Padat pengalaman terhimpun. Malah teman-teman akrab juga sudah ramai yang berangkat pergi. Sama ada berhijrah sekolah mahupun menjawat jawatan di tempat baru. Kadangkala terasa sepi. Suasana sudah tidak sama.

Saya sedari itu. Usia makin bertambah. Zaman sudah berubah. Sampai kapankah saya harus di sini? Serasanya cukuplah khidmat yang saya taburkan di daerah yang segar amat ini. Jauh di dasar hati, saya sedar; meskipun sayang, saya perlu berhijrah. Meskipun payah, saya mesti bergerak lagi. Saya harus mencari angin baru. Menghirup iklim baru. Cuma masa dan ketikanya saya tidak pasti. Entah bila.

5 komentar:

faridmw 3:58 PG  

salam...

semoga bulan ogos memberi seribu makna kepada kita semua....

U-HAH 8:00 PG  

Salam,

kehidupan memang perlu berganjak, ibarat matahari yang kian mengengsot pergi. Berhijrahlah ke daerah yang lebih baik, di sana mungkin tenaga kita lebih diperlukan...sebarkan dakwah dan tebarkan ukhuwwah.

Serunai Faqir aka SF 11:46 PTG  

Salam sastera
Itulah saya katakan betapa kecilnya dunia ini kan? Ustaz Paiman Jemo menjadi pengetua kami pada masa itu. Fuhh ... kami semua memang tabik habis kat ustaz Paiman, memang malu alah dgn dia kalau nak tau cerita. Tidak mengapa, mungkin satu masa kita dapat berjumpa kita sembang panjang. Saya habis pada tahun 1989.

ammoi 1:30 PTG  

assalamualaikum....
terharu tiba2 bila dgr nama ustaz paiman jemo tu...saya masuk smkas first batch form 1 masa sek ni gersang lg...nak cari kekawan lama pun dah hilang tah ke mana....1988 la...tapi kat asrama puteri la..

sf,  12:19 PG  

Salam ramdhan, jemput ke blog alumni SMKAS 89, batch kami masa tu ...

http://segamatsmka.blogspot.com/

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP