Selasa, September 04, 2007


Apa kata sarjana tentang JIdJ?

Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Kamariah Kamarudin menekankan penerapan nilai dakwah dalam karya bercorak keremajaan bagi memastikan kelompok sasar mendapat manfaat daripada pembacaan mereka.

Dr Kamariah yang membedah Justeru Impian di Jaring (JIdJ) karya Zaid Akhtar mengesan nilai sahsiah dan maruah insan nyata dalam novel itu melalui watak Syahir yang baik akhlaknya, apalagi terhadap keluarga mahupun rakan taulan pemuda terbabit.

“Syahir digambarkan sebagai individu yang memuliakan ibu kerana kerap mendoakan kesihatan ibunya dan menyanjung nasihat ayahnya mengenai agama dalam meniti kedewasaan dan dugaan kehidupan. Pengarang menguatkan jati diri Syahir sebagai insan berpendidikan dan molek pekertinya melalui beberapa gambaran,” katanya.

Tidak ketinggalan, Syahir dinyatakan pengarang sebagai anak muda yang meminati sukan badminton dan dalam pergelutan di kancah riadah, Syahir sering dibobrok oleh Syed Amiri, saingan beliau dalam sukan itu dan Pak Engku, jurulatih berat sebelah yang sengaja berlaku tidak adil kepada pemuda terbabit.

“Sebagai anak muda murni, Syahir tidak sedikit pun menunjukkan unsur pertentangan, sebaliknya memaafkan Syed Amiri dan Pak Engku dengan sifat sabarnya, lantas membuktikan Syahir adalah insan cemerlang dalam ilmu agama dan sosial,” katanya.

Novel JIdJ ini telah dibincangkan dalam Majlis Diskusi karya Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada 18 Ogos lalu. Baca lanjut di sini.

3 komentar:

ana_soleh,  11:46 PG  

tahniah ust yazid..

sufi 5:41 PTG  

teruskan usahamu dalam berdakwah!!!!!

syamil 3:04 PTG  

Didoakan amalan anta untuk berdakwah dipermudahkan oleh Allah

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP