Isnin, September 17, 2007

MAHALNYA sambutan MERDEKA!

Tentunya ramai yang tidak mengetahui di Parlimen baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan Dato' Dr Awang Adek ketika menjawab soalan menjelaskan bahawa kerajaan telah membelanjakan (sebut: membazirkan) lebih RM100 juta untuk mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50.

Kenapa? Tak percaya? Bukan banyak sangat pun jumlah itu. Untuk lebih meyakinkan, boleh baca lanjut di sini.

Sememangnya ia perbelanjaan yang dilihat sangat tepat lagi bermanfaat. Dan, untuk apa berhemat dan berjimat cermat, itukan namanya kufur nikmat. Ayuh, tunggu apa lagi. Mari bersama-sama bazirkan wang negara!

3 komentar:

mardhiah 4:13 PTG  

Patut juga lihat pada Return on Investment (ROI). Walau mahal saya secara peribadi berpendapat ianya patut diteruskan.

Cuma most-mortem yang boleh bangkitkan dan perbesar-besarkan ialah adakah nilai itu benar-benar harga terbaik yang kerajaan bayar? Adakah pembekal yang boleh tawar pada harga yang lebih competitive? Adakah ruang-ruang penjimatan yang boleh kita lakukan pada masa hadapan.

Ada satu contoh yang saya nak utarakan disini:-

Keputusan kita membiyai institusi di Raja yang relatively lebih costly kalau nak dibandingkan dengan sambutan kemerdekaan itu. Tidakkah saudara ada sedikit rasa kembang hati atau seronok bila Majlis Pertabalan Sultan Mizan baru-baru ini mendapat liputan National Geography?

Tanpa Nama,  3:29 PTG  

tak usah layan sgt idea cik mardiah ni.
ikut suka dia aje.

Dina Najat 5:58 PG  

Tidakkah saudara ada sedikit rasa kembang hati atau seronok bila Majlis Pertabalan Sultan Mizan baru-baru ini mendapat liputan National Geography?


p/s: jangan mencari pandangan orang lain terhadap kita...itu tak ubah seperti biar papa asal bergaya

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP