Khamis, September 27, 2007


MANA SATU YANG BETUL NI?

Dalam
Utusan Malaysia versi cetak dan internet hari ini melaporkan:

PUTRAJAYA 26 Sept. – Lebih 1,500 ahli Majlis Peguam berarak dari bangunan Istana Kehakiman ke Dataran Putra di sini bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus.

Sementara dalam Berita Harian versi internet pula melaporkan:
PUTRAJAYA: Hampir 2,000 ahli Majlis Peguam berarak sejauh 2.5 kilometer dari Kompleks Keadilan (POJ) di Persiaran Perdana ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini bagi menyerahkan memorandum menuntut kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman bebas bagi urusan pelantikan hakim.

Begitu juga dalam mSTAR Online melaporkan:PUTRAJAYA: Hampir 2,000, kebanyakannya peguam, berarak ke pejabat Perdana Menteri hari ini menuntut siasatan bebas dakwaan berlakunya skandal dalam badan kehakiman, susulan terbongkarnya satu klip video minggu lepas.
Lebih memeranjatkan apabila Berita Harian versi cetak (barangkali edisi selatan) pula melaporkan: PUTRAJAYA: Hampir 500 ahli Majlis Peguam berarak sejauh 2.5 kilometer dari Kompleks Keadilan (POJ) di Persiaran Perdana ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini bagi menyerahkan memorandum menuntut kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman bebas bagi urusan pelantikan hakim.

Akan tetapi jumlah yang dilaporkan oleh Siasahdaily jauh berbeza sama sekali jumlahnya:PUTRAJAYA, 26 Sept: Hampir 10,000 peguam berarak dari Istana Keadilan (Palace of Justice) ke Jabatan Perdana Menteri bagi mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal klip video VK Lingam.

Memo: Walau berapapun jumlah peserta perarakan yang "ditemberang" oleh media, jutaan tahniah wajar diberikan untuk Majlis Peguam!

2 komentar:

mardhiah 10:01 PG  

Cuba ustaz fikir macam mana dia orang tau? Ada buat head count ka? Kalau macam kita orang kerajaan iyale, sebelum berkumpul buat apa-apa semua pakat daftar dan tandatangan.

Small matter tu, alangkan budget pun tak tally inikan pula laporan akhbar:)

Tanpa Nama,  8:49 PG  

Salam, memang tak sempat buat "head count" tapi dari pandangan mata hitam putih tu, tak kan tak dapat nak agak dengan jumlah yg paling hampir? Sebab itu ramai org Kristian anggap bible tu betul, "small matter" punya pasal.;)

Zaharahs

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP