Rabu, Oktober 31, 2007

MANSUHKAN SAJA, HABIS CERITA! TUNGGU APALAGI?

KUALA LUMPUR: Keputusan mengekalkan pendekatan untuk pelajar menjawab peperiksaan subjek Matematik dan Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan bertujuan mengelakkan jurang pencapaian yang lebih besar antara sekolah bandar dan luar bandar, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
(baru terfikir agaknya para pemimpin ini. Lambat benar tersedar dari mimpi. Setelah 5 tahun mengigau sambil berjalan, baru nak gostan. Setelah gendut perut pembekal tender yang kenyang, ...)

Beliau berkata, jika pelajar dimestikan menjawab peperiksaan itu dalam bahasa Inggeris tahun depan, ia akan mendatangkan kesan besar dan menjauhkan lagi jurang antara sekolah bandar dan luar bandar. Sehubungan itu katanya, pendidikan dalam bahasa Inggeris akan diperkukuhkan sebelum keputusan untuk pelajar menjawab peperiksaan itu dalam bahasa Inggeris dibuat.
(Bukan tahun depan saja, patutnya mansuhkan saja sampai bila-bila. 2 angkasawan negara kita dulu pun belajar dalam bahasa Melayu dulu. Boleh juga jadi angkasawan.)

"Ramai guru sudah dilatih, tapi masih ada ruang untuk mempertingkatkan kemahiran mereka termasuk dalam menggunakan perkakasan yang sedia ada. Mengekalkan keputusan sedia ada juga tidak jejaskan sesiapa... jika ada kemampuan dan mahir menjawab dalam bahasa Inggeris boleh jawab dalam bahasa Inggeris. Yang nak jawab dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Cina (di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) ataupun bahasa Tamil (di SJK Tamil) itu terserah... sekurang-kurangnya mereka ada pilihan," katany.
(Pulak dah! Dulu beriya-iya nak wajibkan PPSMI, kini nak haruskan pula menjawab dalam dwibahasa. Apapun, syukurlah. Taklah terkebil-kebil anak-anak Melayu kita di kampung sana. Meski wang negara dah habis beratus juta membayar elaun guru dan membekal peralatan ICT)

Rabu lalu, beliau berkata, kerajaan memutuskan peperiksaan subjek Matematik dan Sains dalam UPSR diteruskan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan sementara kajian menyeluruh mengenainya selesai dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. (Berita Harian, 31 Oktober 2007)
(Aduhai, baru nak buat kajian menyeluruh? Hmm, beginilah beruntungnya nasibmu, Melayu. Dah benjol terhantuk, baru nak terngadah. Inilah modal pilihan raya yang makin dekat barangkali.)

1 komentar:

Tanpa Nama,  3:04 PTG  

Salam...
aderh...memang menyusahkan BI dalam mate + sains...
terasa kesannya pada adik sendiri...
cikgu keluar masuk tapi
pelajar x dapat pun apa yg diajar...

wani AR

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP