Sabtu, Oktober 20, 2007

WEHDATUL UMMAH

Sehari menjelang Eidil Fitri, sejurus bersolat Jumaat, saya menunaikan rukun Islam yang ketiga di masjid desa buat kali pertama sejak beberapa tahun. Lantaran sudah lama tidak bersua muka, tentu sahaja mencetus sembang yang agak panjang dengan imam dan amil.

Kami berbual banyak perkara. Namun yang paling menjentik ingatan saya hingga kini apabila menyentuh soal tarikh hari raya puasa bagi tahun 1428 Hijrah.
"Macam mana olang Islam sambut hari raya puasa tapi harinya lain-lain?" Begitu persoalan yang diajukan oleh seorang lelaki Tionghua kepadanya menurut amil.

Soalan itu bunyinya biasa. Sudah lazim ditanya dan dijawab. Malah kita selalu berpuasa genap 30 hari (sudah betul hendak bertemu yang ganjil 29 hari) dan selalu benar pula menyambut hari raya puasa berbeza dengan Arab Saudi dan negara-negara di Timur Tengah. Tapi apa yang berlaku pada tahun ini ganjil sekali.

Menurut Berita Harian pada hari tersebut, Arab Saudi, Iran, Indonesia (anggota Muhammadiyah) dan beberapa negara Islam lain menyambut 1 Syawal pada hari Jumaat, 12 Oktober. Sementara Malaysia dan negara-negara ASEAN menyambutnya pada hari Sabtu, 13 Oktober. Berbeza sehari cuma. Ia biasa. Memang ia biasa berlaku. Setiap tahun begitu. Tidak mengejutkan.

Tetapi bagaimana pula dengan Pakistan dan Qatar yang menyambut 1 Syawal pada hari Ahad? Lebih luar biasa, ada pula negara Islam yang merayakan Eidil Fitri paling awal di dunia iaitu Nigeria. Negara Afrika itu menyambutnya pada hari Khamis. (Bagaimanakah bentuk hisab mereka agaknya atau memang hilalnya benar-benar terbit menurut rukyah mereka?)

Imam dan amil masjid desa memandang menanti reaksi. Saya menggaru kepala dan diam tiada jawapan. "Agaknya di Nigeria tu sepanjang tahun bulan Islamnya 29 haribulan. Tak ada kiraan genap 30 hari." Kami sama-sama tersenyum.
Hai, beginilah fenomena umat Islam. Macam-macam!

3 komentar:

mardhiah 8:20 PG  

Tulah bila kawan-kawan non-muslim tanya benda-benda macam itu kita mati akalkan.

Rai 5:12 PTG  

Salam Ustaz,

Semoga ramadan dan syawalmu bermakna hendaknya.Aku punya raya blues sket (blues banyak sebenarnya)tahun ni walaupun kemain lagi aku posing dalam blog huhuhu...

Eh, hari tu Ridzuan Harun tanya no.hp hang.Aku pun bagilah,tup-tup dia habaq takleh pakai.Hang pakai no.baru ka?SMSlah kat aku nooo.

016-6590707.Digi-always the smarter choice.Hehehe!

Puteri Ezza 10:30 PG  

Assalamu'alaikum.

Blog-hopping dari blog Faisal Tehrani.

Salam hormat.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP