Sabtu, November 10, 2007

Serba kuning tanda cintakan kedamaian dan keadilan.
Insya-Allah.
Seluruh negara mendoakan!

5 komentar:

Sofwah 3:01 PTG  

Salam,

Kuning KERAMAT! ;)

Ustaz, baru habes baca JIDJ (senarai bacaan panjang...)...
Saya menganggap JIDJ sebagai karya Ustaz terbaik sejauh ini (boleh tak?)...

Kenapa?
Pertama: kerana ia bersifat "kontekstual" dan memberikan sebuah jawapan kepada persoalan yang dianggap remeh dalam konteks kehidupan kita (yang sangat membingungkan anak remaja kita)...

Kedua: Walaupun JIDJ tidak berwacana berat-berat, penulisannya mengalir. Saya sangat terkesan dengan ide "bersyariat dalam bersukan"...
Kalau Ustaz senyum-senyum baca ManikamKalbu, saya senyum-senyum baca JIDJ sebab saya setuju dengan Syahir... Penat jugak nak mengangguk...

Cuma, Ustaz, sekali-sekala, bagilah peluang watak lelaki dalam novel Ustaz buat keputusan untuk memilih pasangannya, lol...
(Sedangkan FT, walau tulis wacana berat-berat, watak-wataknya ada yang bercinta dan berkahwin ;D )

Ma'af jika ada terlanjur perkataan :)

Wassalam.

zaidakhtar 8:27 PTG  

Salam suara rakyat.

Terima kasih, Sofwah, kerna sudi baca. Apalah sangat yang ada dengan karya yang serba sederhana ini.

Mau saya 'kahwin'kan watak? Eh, dalam Salju Sakinah saya dah lakukan. Itupun ramai yang marah-marah. Ada yang tulis emel 'sound' saya: kenapa akhirnya satukan mereka? Kehendak pembaca ni kadang-kadang pelik-pelik. Luar biasa pun ada.

Bagaimana kalau saya berkira-kira mahu mencatat rekod - mahu menganyam kisah cinta 7 SEGI! Satu watak lelaki digilai oleh 6 gadis sekaligus. Tentu ramai yang senyum.:-)

husna,  1:09 PTG  

assalamualaikum ustaz..

setuju sangattu.. karya yg baik..
dan saya menanti lelaki satu itu yg diminati 6 orang gadis. Yang mana akhirnya lelaki itu memilih gadis lain...:)

mardhiah 2:18 PTG  

why not cuba cinta juta-juta segi macam Mawi tu haha..barule real.

Sofwah 6:47 PTG  

Salam,

Ustaz,

Seperti biasa, komen Ustaz buat saya KGG (ketawa guling-guling)...

Pertama, kenape 6 perempuan, 1 lelaki? Nape tak 6 lelaki, satu perempuan? ;D
*kgg(3x)*
Tapi, saya nantikannn....

Kedua, tak semestinya kawen, lah, Ustaz... kasi pembaca "harapan" pun okey, 'gak... katalah, waktu kakak Syahir mengusik dia, dia "tersenyum tersipu-sipu". Bila saya baca tu, saya bacalah yang tersirat, yang hatinya dah pun terdetik sedikit kat Wan Najlah... terdetik pun saya boleh terima jugak :D Sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina (macam gitulah kiranya :D)

Ketiga, saya masih "simpan" Salju Sakinah, belum baca... nanti bila baca, saya akan komen, k? Samada mereka patut kawen ke tidak... XD

Dan saya akan baca entri selepas ini untuk bagi respons bila free nanti (sebab sangat excited dengan JIDJ ni). Memang JIDJ ringan dan boleh dipanjangkan tapi tetap memuaskan...

Wassalam.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP