Khamis, Disember 27, 2007

HARI INI DALAM SEJARAH SEKOLAH


Hari ini. 27 Disember 2007. Hari ini sesungguhnya akan tercatat dalam sejarah SMK Agama Segamat (SMKAS) apabila 34 orang pelajarnya beroleh 9A dalam peperiksaan PMR yang natijahnya diumumkan hari ini.

Sejak 19 tahun ia dibuka, inilah kali pertama SMKAS berjaya membuat 'lonjakan saujana' dalam peperiksaan tersebut. Seramai 28 pelajar lagi mendapat 8A, manakala 25 orang beroleh 7A.

Yang lebih menariknya, daripada 34 orang tersebut, 3 orang daripada mereka adalah 'sepasang' kembar tiga seiras!
Tahniah kepada seluruh warga SMKAS!

Gambar sebelah: Kembar tiga yang berjaya mendapat 9A - Fuad Haziq, Fuad Ammar, dan Fuad Hazim bin Fuad Tayadi,





0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP