Selasa, Disember 25, 2007

Hujan Emas di Negeri Sendiri

Ketika pulang ke Mersing beberapa hari menjelang Eidil Adha, saya sempat turun ke Kg. Sri Pantai untuk meninjau 'pantai emas' yang heboh diperkatakan orang seluruh negara.

Petang Jumaat 14 Disember itu, saya dapati memang ramai yang sedang berkubang seharian di pantai.

Lalu saya ambil peluang dengan berbual-bual untuk mengutip pengalaman mereka. Rupanya ada yang sudah berhari-hari berkhemah di tepi pantai dan 'bermukim' di daerah Damak ini. Bukan saja orang tempatan, mahupun dari luar daerah dan negeri, malah dari seberang Tambak pun ramai yang datang mencuba nasib.

Di atas kertas di bawah, adalah sampel emas yang ditemui dan telah dikeringkan. Menurut tuannya, kalau sebanyak ini boleh dijual dengan harga RM90!





0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP