Selasa, Disember 04, 2007


KACANG POOL HAJI

Pagi tadi, saya ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di Johor Bahru seawal 8 suku pagi. Tiba di JPN pada jam 10.40 pagi. Selesai berurusan dengan Puan Suhaini Paiman yang baik di Unit Perkhidmatan, saya langsung singgah ke Sektor Pendidikan Islam & Moral untuk menjenguk sahabat baik, Ustaz Ahmad Zakuan M. Khudzairi yang baru sahaja 2 bulan bertugas sebagai pegawai Bahasa Arab di situ.

Apabila tiba waktu makan tengah hari, ustaz yang mulia mahu membelanja saya. Lantas kami berkereta ke Larkin Bomba tidak jauh dari situ. Destinasinya Medan Selera di depan Ibu Pejabat Bomba Johor atau lebih tepat lagi kedai makan Haji Kacang Pool.

Ustaz katanya mahu memperkenalkan saya dengan menu baru dari Timur Tengah yang hanya boleh didapati di gerai tersebut. Lekas saya terbayang, maqlubah, mansah, beryani kharuf, syawarma Arabiy dan pelbagai lagi juadah yang biasa dinikmati ketika kami di Jordan dulu.

Sangkaan saya meleset. Tiada nasi, daging biri-biri mahupun roti falafil. Yang ada, hidangan serba baru bagi saya seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Ya. Saya sudah menikmatinya. Enak. Nasib baik saya sudah menempah ais jagung di sebelah. Kalau tidak, mungkin saya terpaksa menambah lagi.

Untuk maklum lebih lanjut tentang hidangan lazat ini boleh saja klik di sini. Siapa sangka kedai kecil di Larkin Bomba ini juga memiliki laman webnya sendiri.

Nak tahu sedap ke tidak, pergilah dan cubalah sendiri!

1 komentar:

hakim dirani 2:54 PG  

Akhi, ketika akhi merindukan makanan bumi arab, seperti kharuf dan falafil, bilaks saya amat rindukan makanan malaysia. ha ha.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP