Rabu, Disember 05, 2007

NOVEL WAJIB UNTUK GURU


Beberapa hari lalu, saya menghubungi Cikgu Azizi Hj Abdullah untuk sekadar bertanya khabar. Walaupun kami baru sekali bertemu, namun kemesraan semasa bersembang di telefon bagai sudah kenal bertahun-tahun lamanya. Cikgu memberitahu novel terbarunya dengan Alaf 21 sudah terbit. Memoir Seorang Guru judulnya. Ia ditulis pada tahun 2005, khabarnya serentak dengan Sanggeetha, dan Harga Sebuah Maruah yang juga baru menemui pembaca.

Semalam saya mendapatkannya di Badan, Plaza Angsana, JB. Lantas setelah membacanya, sebagai seorang guru, saya lekas terkesan dan hanyut dalam emosi novel ini. Inilah bagi saya novel yang MESTI dibaca oleh setiap guru dan bakal guru. Lebih-lebih lagi guru agama. Sebagai guru, inti novel beremosi ini banyak yang mengusik hati dan kadangkala menjentik batang hidung sendiri.

Keberkatan. Keberkatan. Keberkatan menjadi titik tolak dalam novel ini. Dan watak-watak seperti Alias, Midun, Sakinah, dan Mohd Dhuha yang pernah muncul dalam cerpen-cerpen killer Cikgu Azizi seperti cerpen Sakinah, Mohd Dhuha, dan Paku Payung & Limau Mandarin pada dekad-dekad lepas sekali lagi tampil malah lebih menambah sayat dada pembaca.

Terima kasih kepada Cikgu Azizi yang sekali lagi membuatkan saya tabik hormat pada Cikgu!


1 komentar:

sisyahid,  12:50 PG  

salamullahualaik...ustaz fikir best tak ending dia,hppy ending kan...tak best lah....cerita dia bawak memang berkesan belaka tp akhir2 tak menarik la...

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP