Rabu, Disember 12, 2007

SETELAH 7 TAHUN


Pelajar: Ustaz, saya baca novel pertama ustaz semasa saya di Tingkatan 2. Apa kesudahan cerita Sesegar Nailofar tu?
Saya: Terpulang kepada pembaca. Kamu agak macam mana?
Pelajar: Jadi ke si Iqbal dengan Nur Hazwani?
Saya: Entah. Kalau ada jodoh ... jadilah kot.
Pelajar: Novel-novel ustaz selalu sangat tergantung. Tak tahu, entah jadi ke tidak hubungan Iqbal dengan Hazwani ... Afham dengan Amal Hayati. Yang terbaru, Syahir dengan Najlah, entah apa kesudahan.
Saya: Aikk, kamu suka sangat kalau mereka berkahwin ya? Wah wah wah, masih bersekolah dah sibuk pasal kahwin. Baru sekolah menengah dah ada hati nak kahwin?
Pelajar: Ustaz ni!

4 komentar:

Mrs. Sheikh 8:39 PG  

assalamualaikum ustaz..

saya pun mcm pelajar ustaz tu juga..
harap2 nailofar tu tak layu...
lalu ada kesinambungan agar
pasangan2 beriman itu dapat bersatu..:)

p/s: kenapa Labuan takde novel jesteru impian di jaring?

Sofwah 5:44 PTG  

Salam,

lol...

Geli hatilah plak baca dialog nih...

Saya suka jugak cerita tergantung, boleh buat tafsiran sendiri tapi, kannn, kekadang, nak 'gak baca pasal pasangan yang bahagia bersama akhirnya, lol...

Wassalam.

zaidakhtar,  12:00 PG  

Mrs. Sheikh,
JIdJ tiada di Labuan? Pesan saja menerusi www.ujanailmu.com.my

Sofwah,
insya-Allah. Kalau dah jodoh, tak ke mana!

assyahida 12:15 PG  

sangat menyukai Rona Bosphorus..
menambah kerinduan untuk ke sana..suatu hari nanti.. insyaAllah...

cerita tergantung? tapi masih boleh pembaca tafsirkan sendiri...pandangan dan pendapat yang berbeza =)

'cerita tergantung' antara watak2 tu menyedarkan saya satu hakikat 'kun fayakun' pada Allah jua segala kebergantungan hidup...jodoh pertemuan di tangan Tuhan...

dan bagus! pada saya, bezanya karya ni dari sesetengah karya islami lain,..novel ni lebih kepada kisah hidup, perjalanan hidup yang banyak 'ibrahnya..tapi tak mengenepikan soal cinta.. cinta tu tetap ada..

bagus!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP