Ahad, Januari 07, 2007

UJANA RINDU - SEBUAH ANTOLOGI CERPEN "BERDUET"


Hujung tahun lalu, semasa ke Festival Buku DAWAMA, Ulu Kelang, saya menerima hadiah berupa sebuah buku daripada seorang teman penulis - Mohd Ashadi Saiman.

UJANA RINDU judulnya. Ia buku antologi cerpen yang dibuat secara 'berduet' oleh Mohd Ashadi Saiman dan Siti Hajar Mohd Zaki. Terbitan DBP dan baru memasuki pasaran awal tahun ini. Seorang teman penulis berkata, ini adalah antologi cerpen berduet "teruna dara".

Kedua-dua penulisnya adalah mantan MPR 1996 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Siswa-Bank Rakyat beberapa kali. Selain itu, yang uniknya juga, kedua-dua penulis ini adalah lulusan Kulliyyah Undang-undang UIAM dan sehingga kini masih prolifik menghasilkan cerpen-cerpen remaja. Ashadi kini berkhidmat sebagai peguam di sebuah firma guaman di ibu negara, sementara Siti Hajar baru menamatkan pengajiannya.

Sebanyak 9 buah cerpen Ashadi ditawarkan dalam antologi bersama ini, sementara Siti Hajar membariskan 14 buah cerpen terbaiknya. Bagaimanapun, sebagai pemerhati karya-karya teman seangkatan, saya berasa sedikit kekurangan kerana dua cerpen "killer" Ashadi iaitu Petai (antologi Perjuangan, DBP 1996) dan Kerismu Akan Bersarung (antologi Suatu Impian, DBP, 1995) yang sangat terkenal pada pertengahan 1990-an dulu tidak berada dalam antologi ini.
Barangkali Ashadi yang pakar menerapkan bahasa santai-bersahaja dan humor dalam berkarya, mahu meletakkan beberapa buah lagi cerpen pentingnya itu dalam antologi perseorangannya satu hari nanti.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP