Khamis, Januari 18, 2007

Asar Terakhir Ini

Asar terakhir ini
basuhlah wajah bersalut dosa
dan mulut berlidah hitam itu
dengan wuduk terakhir hari ini
sucikanlah hati cemar
dengan istighfar penutup tahun.

Maghrib nanti
ucaplah syukur kerna panjang umur
muhasabahlah diri dan amalan sepanjang tahun
berdoalah moga dikurniakan
rezeki berkat iman rahmat
selain hidayah dan taufiq yang memandu
sepanjang jalan di depan.

Endau, Mersing.
5 April 2000

SALAM MAAL HIJRAH 1428

KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAYR!



Read more...

Rabu, Januari 17, 2007

PENGADIL TEMPANG!

Anak ulat dipijak tikus,
kucing mengintai tepi jendela;
kalau memang nak jadi politikus
letak jawatan jadi calon pilihan raya.

Indah nian tanah jajahan,
pestanya meriah gilang-gemilang,
pengadil tempang dilaknat Tuhan;
peribadi keji maruah pun hilang.
Klik sekitar isu perlawanan berat sebelah di padang yang tidak rata:

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP