Sabtu, Mac 03, 2007


Kejinya! Macam dah tak ada haiwan lain.

Read more...

Isnin, Februari 26, 2007

JANGAN TEGUR SAYA!


SALAH akukah? Saya seringkali memuhasabah diri sendiri apabila menemukan sesuatu yang tidak saya senangi. Mungkin ini kaffarah. Mungkin ini cabaran-cabaran dakwah.

Satu hari pada minggu lepas. Lokasinya di sebuah kedai mamak 24 jam. Saya terserempak dengan dua orang anak gadis - bekas pelajar saya pada 2006. Saya kenal mereka kerana saya mengajar Bahasa Arab Tinggi untuk tingkatan lima tahun sudah. Dari jauh kelibat mereka berdua sudah saya cam lantaran kedua-duanya membesar dan memutik remaja selama lima tahun di sekolah saya (sebuah sekolah agama).
Namun hati saya lekas dikerumuni sedih apabila melihat cara mereka berpakaian. Mereka tampak berseluar. Saya tidak kisah. Sebab memang ramai yang lebih selesa berseluar panjang daripada memakai kain. Tetapi melihatkan lengan dan siku terdedah serta dada yang agak membukit, saya kelu tidak terkata.
Mereka nampak serba salah dan sangat tidak selesa tatkala saya mendekati mereka. Dengan hanya berT-shirt lengan pendek dan tudung bawal yang sekadar menutup leher dan kepala, saya pasti mereka lupa pada peringatan yang saya berikan sebelum mereka meninggalkan sekolah kami dulu.
Baru saja tidak bersekolah beberapa bulan. Keputusan SPM pun belum keluar. Tapi penampilannya sudah begini. Saya tidak pasti bagaimana agaknya apabila berada di IPT nanti.
Saya tidak menegur mereka. Sekadar melirik senyum. Mereka juga tidak bersuara walau sepatah kata. Tetapi saya pasti, mereka masih ingat kata-kata saya dulu, "Jangan tegur saya jika kamu berpakaian begitu!"

Barangkali gambar di atas kurang jelas. Justeru untuk mengetahui kesalahan-kesalahan cara berpakaian wanita-wanita di atas, klik saja di sini.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP