Khamis, Mei 10, 2007

KARIKATUR BULAN INI
Apahalnya ni? Ada acara lawan tarik tali?
Serasa-rasanya macam saya kenal jejaka berbaju serba merah, orang tua berbaju hijau, dan lelaki berkemeja-T putih di sebelah kiri. Yang di sebelah kanan itu, siapa pula gerangannya? Boleh sesiapa tolong bantu saya?

Read more...


TERLAMBAT 17 TAHUN?

Petikan Harian Metro semalam (Rabu) ada menyebut: Wanita di negara ini mendapat ‘peluang kedua’ untuk menuntut cuti bersalin selama 84 hari setaraf negara lain, apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan sekali lagi menghantar memorandum kepada Kabinet bagi memperjuangkan hak itu.

Memorandum itu menuntut majikan di negara ini melanjutkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 12 minggu, seperti dipersetujui kerajaan ketika Konvensyen Perlindungan Materniti anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), tujuh tahun lalu.


Memo: Alhamdulillah. Mudah-mudahan usaha yang baik ini dapat diteruskan dan akan diluluskan oleh kerajaan pemerintah. Insya Allah. Namun rasanya, Kerajaan Negeri Kelantan telah lama melaksanakannya, iaitu sejak pihak oposisi memerintah mulai 1990. (Kalau tidak silaplah!)
Apapun, meski sudah terlambat sekalipun, untuk kebaikan rakyat, janganlah segan-segan untuk dilaksanakan. Sama seperti kes kakitangan awam bekerja 5 hari seminggu (bercuti pada hari Sabtu) sebelum ini. Akhirnya, kerajaan terpaksa akur dan terhegeh-hegeh 'meniru' Kelantan juga. Justeru perkara yang baik-baik, walaupun dari pihak oposisi, tidak harus dipandang sebelah mata.

Bagi menambah bilangan hari cuti bersalin ini, sudah banyak negara yang melaksanakannya seperti China selama 90 hari, India (12 minggu), Myanmar (12 minggu) dan Vietnam (120 hari).

Read more...

Isnin, Mei 07, 2007

JOM Hinamufti?

Tindakan sebuah syarikat televisyen swasta, menemuramah orang ramai dan `mengheret’ rakyat negeri Perak untuk `mengiyakan’ program Jom Heboh disifatkan keterlaluan dan melampau kerana tindakan cuba `menghalalkan' Jom Heboh itu sengaja mencabar kewibawaan mufti negeri itu.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP