Jumaat, Mei 18, 2007

SUMPAHAN

Akhir April lalu, apabila saya merentasi bandar Kota Tinggi, saya terbayang-bayang air bah yang menenggelamkan hampir keseluruhan bandar itu dalam banjir gelombang pertama dan kedua dulu. Betapa dalamnya air ketika itu! Alangkah sengsaranya penduduk yang menghuni Kota Tinggi!

Memang ia takdir. Itulah pukulan alam yang sudah tersurat dan terpaksa ditahan dengan dada lapang. Namun rupanya tidak kurang rakyat-jelata yang hati mereka terluka. Kala mereka berduka, yang diharapkan membantu sedang enak bergelak-ketawa. Kala mereka berlapar, yang diharapkan rupanya sedang lahap meratah nasi kandar!

Read more...

Selasa, Mei 15, 2007

DIALOG PINGGIR

Jangan lupa Sabtu depan 19 Mei jam 10 pagi ada Diskusi Minda di Rumah PENA. Tajuk diskusi ialah Sastera Underground VS Sastera Islam. Panelnya Mohd Ali Atan (UM), Ummu Hani (anak gadis Abu Hassan Morad dan Rahmat Haron (UBU). Moderatornya Pn. Raihani Mohd Said (UPM). Datanglah beramai-ramai untuk mempertahankan pendirian atau membantah dengan bijaksana.

Iklan ini ditaja oleh blog ini.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP