Jumaat, Jun 29, 2007


Apa kata panel hakim?

Kekuatan novel ini terletak pada muatan nilai agama. Syahir tampil sebagai role model ahli sukan remaja yang mempertahankan syariat dalam sukan meskipun dia menghadapi pandangan skeptikal daripada orang di sekelilingnya. Nilai yang dibawa oleh novel ini berupaya mengubah paradigma remaja agar lebih komited terhadap agama walaupun mereka aktif dalam sukan.

Sebagai sebuah teks yang kaya dengan maklumat, novel ini memberikan manfaat yang besar kepada khalayak pembaca.

Dari segi teknik penyampaian, novel ini sesuai dengan khalayak sasarannya, yakni remaja awal kerana tidak dibina dalam struktur yang kompleks sama ada dari segi perwatakan, gaya bahasa dan aspek lainnya. Begitupun binaan naratifnya tidaklah pula terlalu simple; masih wujud teknik yang kompleks terutama dari segi plot tetapi tetap komunikatif untuk khalayak sasarannya. Kompleksitinya plotnya memadai ditandai dengan teknik imbas kembali dan unsur ketegangan yang disisipkan secara berseni.


Kelebihannya yang lain terletak pada kekemasan binaan naratif; watak, konflik dan pengucapan bahasa yang ditampilkan secara selektif dan disusun dalam struktur yang rapi. Tiada unsur pembaziran dari segi pengemukaan watak; setiap watak mempunyai peranan yang melengkapkan alur cerita.

Konfliknya juga berfungsi untuk memperkukuh penyampaian pemikiran dan pembentukan tema keseluruhan. Dengan kelebihan dari segi muatan dan seni penukangan naratif, novel ini mempunyai merit untuk diiktiraf sebagai bacaan yang bermutu untuk khalayak sasarannya, iaitu remaja awal.

-Laporan Panel Hakim HSKU 2006
Memo: Penulis akan muncul di TV1 dalam program Selamat Pagi Malaysia pada Sabtu 30 Jun, sekitar jam 8.20 pagi untuk slot Resensi Buku.

Read more...

Rabu, Jun 27, 2007

MALAM PENYAMPAIAN
HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2006


Read more...

Selasa, Jun 26, 2007

FI NIHAYAH INTIZAR

Novel terbaru saya ini akan terbit @ dilancarkan pada Selasa, 26 Jun 2007 di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur oleh Raja Nazrin Shah. Karya ini memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 bagi kategori novel remaja.

Read more...

Isnin, Jun 25, 2007

FRAGMEN NOVEL
Justeru Impian di Jaring

APABILA pertama kali saya diminta mendokumentasikan cerita ini, saya bagai terpana seketika. Saya tertanya-tanya. Adakah insan yang mahu mendengar cerita dan menyelusuri sebahagian perjalanan hidup saya yang saya kira tidak terlalu menarik ini? Sementelahan pula saya masih terlalu muda. Miskin pengalaman. Dan saya anggap masih belum benar-benar teruji dalam kehidupan.
Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita ini sebetulnya. Di permulaannya, di tengah-tengah atau di penutupnya. Semuanya pasti saling berkait. Dan pasti ada tempoh yang maha penting untuk lebih disorot.


Mudah-mudahan cerita saya yang seadanya ini ada manfaatnya. Dan moga saya yang memaparkan kisah sendiri ini tidak pula terasa ujub dan riyak melihatkan orang lain terkagum menikmati cerita ini.
Justeru sifat ujub dan riyak adalah dua penyakit hati yang sangat besar, selain hasad dan takabur. Saya sedari itu. Sangat hati-hati. Bimbang amalan saya bergaul sama dengan sifat-sifat maha mazmumah ini. Minta dijauhkan.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP