Rabu, Julai 18, 2007

ADA SESIAPA BERANI NAIK?
(SETELAH 14 KALI TERHEMPAS)


Kronologi Nuri Terhempas
Berikut adalah antara kronologi nahas membabitkan helikopter Nuri sejak 38 tahun lalu:

1. 15 Ogos 2004 – Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 orang penumpang termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh dari Miri ke Ba’Kelalan, Sarawak.
2. 30 Mac 2004 – Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.
3. 5 Mac 2004 – Dua anggota TUDN maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.
4. 19 Mac 1997 – Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang Sabah.
5. 16 Oktober 1996 – Dua orang terbunuh, tiga hilang manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang.
6. 11 Julai 1991 – Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak.
7. 10 Jun 1991 – Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira-kira jam 5.20 petang.
8. 16 Januari 1991 – Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kulang Johor terhempas ketika membuat pendaratan kecemaran di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor.
9. 28 Ogos 1990 – Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara semperna perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
10. 18 Disember 1989 – sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentara Darat dan TUDM termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Dato' Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Dato' Hasbullah Yussoff.
11. November 1989 – Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas pesawat Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak
12. 11 Julai 1981 – Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
13. 25 April 1981 – Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak. - mks.

Read more...

Selasa, Julai 17, 2007

NURI oh NURI

Nuri oh Nuri
Kau tetap di hatiku
Selagi tubuhmu tampak indah
Terbanglah ke mana jua semahumu!



Memo: Takziah diucapkan buat kaum keluarga 6 wira negara yang terkorban dalam nahas terbaru Nuri. Al-Fatihah untuk ruh mereka di alam sana. Kepada yang hidup dan masih diberi kuasa, ambillah iktibar. Alangkah bernilainya nyawa wira-wira negara yang melayang pergi. Nuri sudah jadi besi buruk. Sudah 14 kali terhempas. Sudah telan puluhan korban. Malah, sudah layak dihumban ke Laut China Selatan menjadi tukun tempat pembiakan ikan!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP