Sabtu, Disember 08, 2007

Ustaz Ismail Rosli al-Hafiz beransur pulih. Gambar ini diambil ketika penulis menziarahinya di Hospital Melaka, malam semalam. Sehari sebelumnya, ustaz dipindahkan dari Pusat Perubatan Pantai, Melaka.


Insya-Allah, hari ini, Sabtu, ustaz yang kemalangan motosikal Jumaat minggu lepas yang mengakibatkan cedera agak teruk di kepala hingga tidak sedar 2-3 hari akan dipindahkan pula ke Hospital Segamat.

Dengar khabarnya, ustaz akan berhijrah ke madrasah baru setelah kembali pulih nanti.

SyafaakaLlah, ustaz!

Read more...

FOTO SEKITAR BANJIR di SEGAMAT (7/12/2007)
Air Sungai Segamat menyentuh konkrit jambatan. Masih di paras berjaga-jaga. Bila-bila masa boleh melimpah jika hujan berterusan 3 hingga 4 jam.
Lorong dan parkir di belakang CIMB Bank.

Jalan masuk ke Taman Jenalim terputus.


Read more...

Jumaat, Disember 07, 2007

DON'T RUSH IT FOR RASHID!

Read more...

Rabu, Disember 05, 2007

NOVEL WAJIB UNTUK GURU


Beberapa hari lalu, saya menghubungi Cikgu Azizi Hj Abdullah untuk sekadar bertanya khabar. Walaupun kami baru sekali bertemu, namun kemesraan semasa bersembang di telefon bagai sudah kenal bertahun-tahun lamanya. Cikgu memberitahu novel terbarunya dengan Alaf 21 sudah terbit. Memoir Seorang Guru judulnya. Ia ditulis pada tahun 2005, khabarnya serentak dengan Sanggeetha, dan Harga Sebuah Maruah yang juga baru menemui pembaca.

Semalam saya mendapatkannya di Badan, Plaza Angsana, JB. Lantas setelah membacanya, sebagai seorang guru, saya lekas terkesan dan hanyut dalam emosi novel ini. Inilah bagi saya novel yang MESTI dibaca oleh setiap guru dan bakal guru. Lebih-lebih lagi guru agama. Sebagai guru, inti novel beremosi ini banyak yang mengusik hati dan kadangkala menjentik batang hidung sendiri.

Keberkatan. Keberkatan. Keberkatan menjadi titik tolak dalam novel ini. Dan watak-watak seperti Alias, Midun, Sakinah, dan Mohd Dhuha yang pernah muncul dalam cerpen-cerpen killer Cikgu Azizi seperti cerpen Sakinah, Mohd Dhuha, dan Paku Payung & Limau Mandarin pada dekad-dekad lepas sekali lagi tampil malah lebih menambah sayat dada pembaca.

Terima kasih kepada Cikgu Azizi yang sekali lagi membuatkan saya tabik hormat pada Cikgu!


Read more...

Selasa, Disember 04, 2007


KACANG POOL HAJI

Pagi tadi, saya ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di Johor Bahru seawal 8 suku pagi. Tiba di JPN pada jam 10.40 pagi. Selesai berurusan dengan Puan Suhaini Paiman yang baik di Unit Perkhidmatan, saya langsung singgah ke Sektor Pendidikan Islam & Moral untuk menjenguk sahabat baik, Ustaz Ahmad Zakuan M. Khudzairi yang baru sahaja 2 bulan bertugas sebagai pegawai Bahasa Arab di situ.

Apabila tiba waktu makan tengah hari, ustaz yang mulia mahu membelanja saya. Lantas kami berkereta ke Larkin Bomba tidak jauh dari situ. Destinasinya Medan Selera di depan Ibu Pejabat Bomba Johor atau lebih tepat lagi kedai makan Haji Kacang Pool.

Ustaz katanya mahu memperkenalkan saya dengan menu baru dari Timur Tengah yang hanya boleh didapati di gerai tersebut. Lekas saya terbayang, maqlubah, mansah, beryani kharuf, syawarma Arabiy dan pelbagai lagi juadah yang biasa dinikmati ketika kami di Jordan dulu.

Sangkaan saya meleset. Tiada nasi, daging biri-biri mahupun roti falafil. Yang ada, hidangan serba baru bagi saya seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Ya. Saya sudah menikmatinya. Enak. Nasib baik saya sudah menempah ais jagung di sebelah. Kalau tidak, mungkin saya terpaksa menambah lagi.

Untuk maklum lebih lanjut tentang hidangan lazat ini boleh saja klik di sini. Siapa sangka kedai kecil di Larkin Bomba ini juga memiliki laman webnya sendiri.

Nak tahu sedap ke tidak, pergilah dan cubalah sendiri!

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP