Jumaat, Januari 25, 2008

PENYAIR ISLAMI DITABRAK MAT REMPIT


Saya tidak mahu mengulas buku kumpulan puisi dalam gambar di sebelah kerana saya bukanlah layak untuk mengkritik puisi-puisinya yang saya kira sangat lembut dan menusuk selain kuat nafas Islaminya.
Yang saya ingin khabarkan berkaitan hal-ehwal penulisnya, Tuan Haji As-Syeikh Shamsudin Othman al-Johori yang ditimpa kemalangan sewaktu bermotosikal keluar dari Masjid Zubair al-A'wwam. Dalam tragedi ngeri di pintu pagar masjid lewat maghrib Isnin lepas, penyair puisi Islami yang semakin berpengaruh itu 'dilanggar lari' oleh mat rempit sehingga mengakibatkan bahu kirinya patah.

Moga beliau tekal bersemangat dan segera sembuh. Walaupun masih kesakitan, beliau tetap berjanji untuk hadir ke program sastera di Muar pada 2 Februari nanti. Insya-Allah.

0 komentar:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP