Ahad, Januari 27, 2008

Salju Sakinah Sedang Lalui Proses Pruf

Insya-Allah, jika tiada aral melintang, novel ketiga saya Salju Sakinah akan menemui pembacanya dalam bentuk buku menjelang Pesta Buku Antarabangsa KL 2008 di PWTC pada awal April ini.

Setakat ini, manuskrip novel ini sedang melalui proses pruf (penulis dikehendaki membacanya dari awal hingga akhir setelah disentuh oleh editor). Dan ia akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan bumiputera yang sedang meningkat naik dalam industri buku negara.

Doakan moga segala kerja-kerja akhirnya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Di sini saya siarkan sebahagian e-mel yang saya terima daripada para pembacanya sejurus novel bersiri ini berakhir pada 27 Disember 2005 di Ruangan Agama Utusan Malaysia:

1. Saya cukup terasa bila membaca novel ini. Dulu saya memang tidak gemar membaca tp bila saya membaca novel ini saya rasa rugi bila terlepas walaupun satu siri kerna saya cuma dpt membaca melalui Utusan Online sahaja. Jadi saya ingin tahu dari mana harus saya mendapat kan novel ini dan apakah tajuk sama Salju Sakinah.
Sekian terima kasih
Othman,Sudan

2. Assalamualaikum Sdr. Zaid Akhtar, pertama sekali, tahniah diatas penghasilan "Salju Sakinah" yang tamat ceritanya pada hari ini. Saya percaya, novel ini memberi kesan kpd pembacanya, walaupun kadangkala saya terlepas mengikuti episod Salju Sakinah, tapi masih mampu memahami jalan cerita hingga ke akhirnya. Saya juga terasa ingin menjadi seperti Sumayyah-watak utama dalam novel ini saya benar2 berharap agar Salju Sakinah dibukukan, disambung ceritanya, saya pasti akan memiliki buku ini jika ianya telah diterbitkan. jangan lupa untuk memaklumkan kepada saya jk novel ini dilancarkan.
Teruskan menterjemahkan ilham2 yang sgt manfaat untuk tatapan pembaca yang dahagakan cerita sebegini. semoga usaha anda akan berterusan dalam berdakwah melalui penulisan dan semoga usaha murni ini dirahmati Allah S.W.T.Wassalam
Nur Syuhada Samsuri, Shah Alam

3. Assalamualaikum,saya adalah antara ribuan pembaca setia Salju Sakinah. Tahniah kerana berjaya menamatkan novel bersiri ini. Saya sendiri sangat berminat dengan olahan cerita yang saudara bawa. Alhamdulillah, dalam setiap jalan cerita menyelitkan iktibar yang bermakna buat diri saya. Pertanyaan saya, adakah Salju Sakinah akan dibukukan?
Zoraida Mustafa

1 komentar:

Sofwah 1:11 PTG  

Salam,

Tak perasan entri ni!
Oh ye ke, Ustaz? Dah nak terbit?

Mabrouk!!!

Kalau begitu, ada rezeki, dapatlah saya jumpa Ustaz di pesta buku nanti...

Wow.

Kalau dapat jumpa Pn.Nisah dan Ustaz sekaligus tahun ni... O_O

Wow.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP