Ahad, April 06, 2008

KEMPEN AWAL

Salju Sakinah akan mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di PWTC pada 4-13 April. Boleh dapatkan naskhah novel ini dengan potongan 15% di booth PTS Publications (Tun Razak Hall 2: 2071-2075, 2080-2084 di seberang sungai) atau secara online di Ujana Ilmu.

Memo: Berdasarkan sambutan yang di luar jangkaan pada 3 hari pertama pesta buku, insya-Allah, Salju Sakinah khabarnya juga akan menembusi pasaran Indonesia dan berjaya menarik minat penerbit drama Islami terkemuka Malaysia. Terima kasih kepada para pembaca yang sudi bertemu saya di booth PTS, Ahad lalu.

Ilustrasi kulit oleh Windu Budi Prasetyo.

"Novel-novel pop semakin banyak di pasaran, dan kita semakin sukar mencari karya tepu dakwah yang disampaikan dengan penuh hikmah. Dakwah itu pula tidak terlalu berkhutbah sifatnya. Syukur, Zaid Akhtar dan Salju Sakinah dapat mengisi kekurangan ini. Salju Sakinah ialah novel untuk semua!"

Nisah Haji Haron, Penulis & Penasihat Ujana Ilmu Sdn Bhd

Novel berunsur Islam memang pun sudah banyak tetapi amat sukar mencari roh keIslaman dalam novel yang banyak ini. Novel Salju Sakinah saya kira sudah mampu menyediakan hidangan untuk pembaca mengecapinya. Citra muslimah setabah Sumayyah begitu ketara menjadi kekuatan novel ini. Naratifnya cukup Islamik, namun pengarang dengan penuh sedar memilih untuk tidak didaktik dalam menghantar amanatnya. Kadang-kadang terasakan seolah-olah novel ini dikarang oleh seorang wanita. Sebagai penelaah novel saya amat merasai Salju Sakinah berupaya menjentik hati dan membangunkan jiwa. Inilah novel Islamik berperspektif muda yang matang, yang jarang-jarang sekali kita temui di antara banyak novel di Malaysia.
Azizi Haji Abdullah
Penerima SEA Write Award 1988 &
MASTERA 2007.

SALJU SAKINAH, salju kedamaian. Novel Islamik yang dindahi nilai-nilai murni dalam kehidupan. Digarap dengan lenggok bahasa yang indah, mudah dan memikat. Terbuai, dengan cara penceritaan yang bersahaja, tetapi terkesan dengan cerita-cerita yang membina semangat juang, pertalian jiwa, kasih sayang yang tulus bersih. Zaid Akhtar punyai kepakaran untuk menarik para pembacanya untuk terus meneliti baris demi baris sehingga ke ayat yang terakhir.

Aminah Mokhtar
Novelis Iman Markisa & Dominasi Tebrau

11 komentar:

Nurrun 2:23 PG  

asSlm...

pernah jatuh hati membaca bingkisan cerpen ini di akhbar dulu.. Novelnya masih belum dimiliki, walaupun selalu mimpi(masih tak jumpa sebenarnya).

semoga Zaid Akhtar dapat menulis cerita yang lebih menyentuh hati dalam nilai Islam yang sejati.

Mrs. Sheikh 7:57 PG  

cantik covernyer...
seharusnya utk isi nyer yg
bestttt....

Firdaus 3:10 PTG  

Tahniah dan selamat menyertai keluarga PTS! :)

Tanpa Nama,  10:54 PG  

pts?
nanti boleh la beli kat booth pts masa pesta buku pwtc...
harap ustaz dtg la masa hari2 kemuncak.
macam biasa la, nak mintak autograf.

^_^

wani AR

Nisah Haji Haron 5:52 PG  

Salam Zaid,
Tahniah atas 2 kelahiran : SS dan Amal Hayati (?).

Syukur, alhamdulillah.

Tanpa Nama,  1:07 PTG  

salam,
cover yang cantik. tahniah untuk novelnya, teruskan penulisan anda...

zaidakhtar 6:42 PTG  

Terima kasih.

Insya-Allah, jumpa nanti di Pesta Buku. Tentang konsep cover saya tak tahu menahu. Ia diuruskan sepenuhnya oleh PTS yang baru saya kahwini (meminjam kata-kata Sifu Ainon). Saya hanya menulis sebuah cerita yang sederhana dalam keadaan yang tertekan dan membantu apa yg diperlukan untuk penerbitan novel ini.

Kak Nisah,
insya-Allah, Amal Hayati. Lama dah niat nak letak nama itu :-)

Tanpa Nama,  9:16 PTG  

salam.
tahniah dan tahniah :)

benar, cover novel ni cantik :)

~hani hamsyari

Raiyan 1:08 PG  

ustaz,
di saat ini,saya sedang mengahabiskan helaian akhir 'salju sakinah'. tetiba teringat untuk malawat blog ust zaid akhtar.

jatuh cinta pada novel islami 'salju sakinah' ni. cantik betul covernya.
alhmdulillah, karya2 ustaz...saya sudah miliki dan membacanya.

beberapa hari lepas suami ada jumpa cikgu abu hasan morad, dgrnya novel ini akan difilemkan ya??
-Raiyan-

zaidakhtar 1:49 PTG  

Raiyan,
Insya-Allah,
moga dipermudahkan segala yg baik-baik. Terima kasih kerna sudi menikmati Salju Sakinah yg seadanya itu.

ABDUL LATIP 6:25 PTG  

Assalamualaikum,

Tahniah Salju Sakinah novel yang paling laris di PTS. Dan dilesen oleh Jakarta.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP