Ahad, April 27, 2008

ERR ... ERR ... MAAFKAN HAMBA!
(andai daku belum terlewat)

Selepas 3 tahun berlalu dan kini terasa goyahnya kuasa, barulah tersedar. Senjata sebenar keamanan adalah perpaduan dan kesetiaan kepada negara. Musuhnya pula adalah rasuah dan sifat hipokrit. Ya, inilah barangkali pemimpin berjiwa besar yang perlu dipilih oleh segolongan melayu Disember nanti. Pemimpin yang masih mengenali ungkapan 'memohon maaf' dan sedar kesilapan diri. Terlajak hunus, boleh disarung semula; terlajak undi buruk padahnya.

2 komentar:

Rai(Yang Tak Berkeris) 11:13 PTG  

Salam Zaid,

Semalam aku gi makan malam penulis bersama editor kat DBP.Kawan kau yang best tu ada kat belakang aku.Alah, yg nama dia ada 'shah,shah...tulis novel pop yeh yeh' tu.Heheheh!Menyakat!

Orang dulu-dulu bawak keris untuk betul-betul pergi bertarung,untuk perlindungan diri.Sekarang buat posing sambil cium-cium je.Pengantin lelaki sekarang pun hampeh.Ada keris 2,3 pun penakut pahit lagi.Hahaha!

Err...err..maafkan hamba juga!Naaah,terimalah tikaman keris hamba ni!

zaidakhtar 11:55 PTG  

Salam.

Rai,
kawan aku yg mana satu? Rasanya aku dapat meneka dlm samar2. Oppss... aku tak mau cetus apa-apa kontroversi lagi.

Dan, kau Melayu Baru barangkali. Hargailah keris walau sekadar menjadi simbol kelelakian di atas pelamin. :-)

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP