Jumaat, April 18, 2008

SYUKRAN!

Terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberi sokongan malah sudi menanti sekian lama kelahiran novel Salju Sakinah dalam bentuk buku dan memilikinya. Juga kepada pembaca yang sudi bertemu saya di Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC pada hari Ahad, 6 April lalu. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dan sama sekali di luar jangkaan saya. Barangkali komen Sifu Ainon Mohd di sini boleh menggambarkan kehangatan sambutannya. Cuba klik di sini pula untuk melihat Senarai Top 10 Fiksyen Dewasa PTS sepanjang Pesta Buku.


Memo: Gambar saya bersama team pimpinan portal Islamik tersohor - Ukhwah.com. di booth PTS

8 komentar:

Nurrun 1:00 PG  

salam...
ya Allah ramainya insan di hari terakhir pesta buku. kalau boleh nak beli semua,hehe. hampir sahaja malas mencari booth PTS(sebab dah lewat petang)

alhamdulillah, dapat juga memiliki novel 'terindah' ni. syukran.

zaidakhtar 1:24 PG  

Kebiasaannya memang saya ke Pesta Buku pada hari-hari terakhirnya. Namun tahun ini, sayang sekali terpaksa bergelut dgn Kem Pengawas sekolah di PLRF Tebing Tinggi.

Lalu datang pada hari-hari pertama dan mendengar sahaja dari jauh kemeriahannya. :-)

Sofwah 7:51 PTG  

Salam,

Ustaz, saya beli tapi belum sempat sampai rumah, bertemu teman, dah dia minta pinjam, huhu...

Sayang tak dapat jumpa Ustaz, tak mengapalah... jika ada umur yang panjang, ada lah peluang di lain hari, insyaAllah...

Wassalam...

Nurrun 3:35 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
syauqah-el-wardah 5:26 PTG  

AlhamduliLlah.. sempat jumpa ustaz pada 6 Apr tu. bertolak dari UIA sejurus selepas keluar main hall CAC, exam 2nd last paper...

terima kasih kerana sudi menitipkan kata nasihat buat wani pada Salju Sakinah yang saya beli tu. Baru habis baca beberapa hari lepas setelah mengizinkan sahabat2 saya menghadamkannya dahulu.

terima kasih juga sudi bergambar dengan team ukhwah.com hari tu.. ^_^

zaidakhtar 9:15 PTG  

Wani,
terima kasih sbb sudi betemu saya di PWTC meskipun baru usai imtihan.

Doakan saya diberikan kekuatan idea dan stamina. Insya-Allah, dalam kerangka mahu menyambung watak silam bernama Nur Hazwani.

:-)

puteribongsu 6:12 PTG  

wah...tahniah! Top-10 lagi tuh, dah laa tangga teratas carta. mabruk!

::simple-shida:: 8:31 PTG  

salam alaik..
hehe.. lmbt nk memosting dlm entry ni..dikhabarkan oleh adinda wani.. kak..dh tgk blog ustz zaid.. ada gmbr kite team ukhwah..

oh ye ke.. kak last explore blog ustz..time ustz promo his novel..then..not much time to online..

but then.. today.. baru ada kesempatan dlm kesempitn utk menjengah..lalu menitipkan..kalamku..hihi

salam mabruk ya ustz..
jemput liqa' JK Ulangtahun ukhwah.com yang ke 5.. di
perkarangn dataran masjid Putrajaya. 19 Mei 2008 - ISnin cuti wesak day..

liqa' jm 10pagi-6 ptg..
tafaddal ya ustaz..

ilalliqa'.. barakallahu fik.. ;)

http://greencastle.wordpress.com

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP