Isnin, Mei 19, 2008

KERANDA 62?


Hari ini, Tun Mahathir mantan PM keempat bertindak keluar daripada Umno. Malah ahli-ahli Umno juga diserunya supaya keluar parti beramai-ramai. Tindakan Tun yang dianggap menggemparkan ini juga serentak dengan desakan kerasnya agar Pak Lah meletak jawatan. Beliau yang dilihat lebih berkarisma dan banyak berjasa kepada negara tidak akan menyertai semula Umno yang baru seminggu menyambut hari lahirnya yang ke-62 selagi Pak Lah tidak meletakkan jawatannya sebagai PM dan Presiden Umno.

Sebetulnya rakyat tidak harus terlalu terkejut, apalagi ahli-ahli Umno - baik yang baru mahupun yang lama. Tunku Abdul Rahman, PM pertama kita pun dulu vokal mengkritik Dr.M, lalu bertindak keluar Umno malah menyertai Semangat 46. Tun Hussein Onn pun keluar parti akhirnya. Lebih dahulu lagi bapanya, Dato' Onn Jafaar selaku Presiden Umno pertama pernah melepaskan jawatan, lantas keluar parti, dan menubuhkan Parti Negara. Tun Mahathir dikira orang keempat. Presiden-presiden sebelum ini dah bikin gempak sebegini lebih dulu.

Malah rakyat seharusnya sedar betapa dengan tindakan berani Tun itu, negara sebenarnya sedang menghadapi krisis kepimpinan negara. Tidak kiralah dia Umno, Pas, atau parti apa sekalipun. Isu ini adalah isu semua. Krisis ini akibatnya akan dirasai bersama. Apabila mantan PM mempertikaikan PM yang dilantiknya sendiri, jelaslah isu ini adalah isu besar.

Namun bagi kebanyakan rakyat marhaen rasanya ada perkara yang lebih besar. Bagi mereka, kini harga beras adalah perkara terbesar. Siapa pun PMnya harga beras mestilah boleh dikawal dan sebarang alasan kenaikan mestilah wajar.

Dan bagi rakyat yang lebih prihatin pula, dasar peminggiran Bahasa Melayu yang dimulakan pada zaman Tun dan diteruskan pada zaman Pak Lah ini adalah perkara yang jauh lebih besar!

1 komentar:

U-HAH 10:36 PG  

Salam...

Akh Zaid, ana setuju. Siapa pun yang jadi PM, mereka WAJIB kembali kepada 'Jalan Yg Lurus'...jika tidak mereka yang akan diluruskan!

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP