Khamis, Jun 05, 2008

BOLEHKAH KITA TERSENYUM?

Saya melayari internet petang semalam, namun hanya mengetahui kenaikan melampau harga minyak pada jam 6.50 petang. Lalu saya capai kunci kereta, menghidupkan enjin dan berkejar ke stesen Petronas terdekat. Memang agak sesak dan terpaksa berhenti di luar stesen. Namun saya kira belum benar-benar sesak lagi. Ada lebih kurang 7-8 buah kereta dalam barisan di depan saya.

Lama juga menunggu. Kira-kira jam 7 suku malam, tangki Wira saya yang minyaknya berbaki separuh berjaya diisi penuh. Cuma RM45 sahaja. Tengah malam nanti sudah berapa agaknya? Ada juga terjadi pertengkaran kecil disebabkan 'cilok-mencilok' barisan.

Namun ketika menyusur keluar, saya melihat deretan kenderaan yang beratur di depan Pejabat Daerah dan Tanah Segamat sudah hampir ke Pejabat SAJ. Maknanya sudah hampir 400 meter!

Barangkali ramai lagi rakyat yang belum tahu. Tambah pula pengumumannya mengejut, semengejut pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum. Malam nanti pasti lebih sesak.

Demikianlah Pak Lah memang PM yang penuh dengan kejutan. Dan tidak mustahil jika turun dari takhtanya nanti dengan kejutan!

Saya termanggu sendiri dan lega seketika kerana berjaya mengisi minyak dengan harga RM1.92 seliter buat kali penghabisan. Dalam hati mencongak-congak berapa agaknya harga minyak selepas ini jika Wira saya ini diisi penuh sekali lagi. Harga barang? Tarif elektrik? Harga makanan? Dan wajah-wajah rakyat di stesen minyak tiada yang senyum. Kalau senyum pun, senyum palsu. Hati masing-masing panas. Barangkali lebih panas daripada ekzos-ekzos yang mengeluarkan asap ketika kenderaan terpaksa berjujut lama begitu.

Dalam begitu, sempat juga menghantar SMS 'tahniah' kepada seorang sahabat lama yang berasal dari Parit Sulong yang begitu kuat semangat Melayunya. Nak tahu apa antara balasannya:

"Sampai bila hidup nak bersubsidi. Sedar-sedarlah. Buka-bukalah pemikiran dan minda tentang perubahan ekonomi global. Jangan asyik syok sendiri di gelanggang tempatan. Mereka berfikir tentang pembangunan menyeluruh. Tapi orang bukan Umno pun guna juga subsidi tu. Melayu Malaysia tak semua sedar lagi..."

Emm. Alahai.... tak dapek den nak nolong.
Barangkali sahabat saya itu boleh tersenyum lebar semasa beratur panjang mengisi minyak keretanya. Memanglah Melayu mudah lupa betapa ada orang besar kita berjanji dalam media bahawa minyak tidak akan naik lagi selepas pilihan raya!

2 komentar:

Tanpa Nama,  12:21 PG  

rasa tak mampu nak tersenyum sebab dah agak(malas nak terkejut).... bagi yang mampu selesa sahaja dengan kereta mewah, bagi yang kurang memang sangat2 perlu berjimat...

promahasiswa UPM 12:42 PTG  

assalamualaikum ustaz. memang xleh tersenyumlah...tersenyum sakit jiwa adalah. kami dari promahasiswa upm memang x mampu tersenyum....minyak naik, semua bakal naik sedangkan biasiswa x naik.lawati blog kami yang baru nak belajar ni.sudilah kiranya ustaz mencemar duli.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP