Isnin, Jun 30, 2008

EL NINO dari LIVERPOOL

Dalam pada tercengang-cengang sambil menggeleng-geleng tidak percaya melihatkan drama $@^%&%)((^%*#!& yang pernah muncul 10 tahun lalu berulang semula, sempat juga menonton aksi hebat Fernando Torres, legenda baru Liverpool yang membantu Sepanyol menjulang Euro 2008 setelah menewaskan Jerman di Vienna.

Puas hati. Walaupun agak kecewa setelah Belanda - pasukan yang bermula dengan aksi cukup menghiburkan - yang disokong pada awalnya terkandas di suku akhir, persembahan Sepanyol yang menampilkan corak hantaran-hantaran pendek yang kemas menjadi penyeri kepada kejohanan kali ini.

Pasukan yang bermain cantik, penuh seni dan cenderung menyerang akhirnya menang, memang sesuatu yang wajar. Berbanding jika dimenangi pasukan yang hanya gemar bermain bertahan, menyerang balas dan menghabiskan masa dengan bertekak dengan pengadil seperti Greece dan Itali.

Ya. Sepanyol yang gemar menyerang menang. Jerman yang defensif kecundang. Tetapi dalam drama ulangan 1998 yang tiba-tiba mengganggu tumpuan kita, pihak yang selama ini enak menyerang tidak semena-mena berada dalam keadaan bertahan pula. Yang ofensif kini bertukar defensif. Lalu terlupalah masing-masing seketika. Lupa pada harga minyak yang naik dan akan naik. Pada keturunan Tartar yang pernah muncul menggegar sebahagian dunia.

1 komentar:

Naim 8:44 PG  

sungguh.

politik itu memang kotor kerana dikotorkan manusia rakus.

saya percaya, ini satu lagi KONSPIRASI.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP