Rabu, Jun 25, 2008

TIDAK PATRIOTIKKAH KITA?

Saya penggemar sukan. Saya bermain pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak, sepak takraw, badminton, futsal, bola tampar hatta bola kayu. Malahan saya sudah menulis sebuah novel yang menyentuh perspektif agama dalam bersukan hampir dua tahun lalu. Justeru Impian di Jaring adalah antara impian yang mahu saya lihat dalam sukan. Sambil beriadah, sambil kita memelihara syariah.

Tetapi apabila membaca berita akhbar tempatan hari ini tentang ganjaran 1 JUTA menanti atlet Malaysia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik di Beijing Ogos nanti, saya rasa ia adalah tindakan yang keterlaluan. Rata-rata teman sekerja yang mendengar dan membaca berita itu merungut. Paling tidak, menyungging senyum kambing (dalam pada hati mereka barangkali sarat dengan sumpah-seranah).

Tidak patriotikkah kami jika menganggap tawaran ganjaran sebegitu besar itu melampau dan keterlaluan? Dalam pada rakyat terbeban sengsara dengan kenaikan mendadak lagi melampau harga minyak, RM1 juta mahu ditawarkan sebagai motivasi penyuntik semangat atlet bagi mengharumkan nama negara? Tidak patriotikkah kami jika menggelengkan kesal dan mengganggap ia sangat mengecewakan dan kurang waras?

Kadang-kadang, malah semakin selalu pula kita lihat, betapa wang rakyat dibelanja seperti wang milik ibu bapa mereka. Suka-suka dia nak lakukan apa saja. Rakyat peduli apa! Mereka lupa bahawa rakyat yang diperbodohkan ini akan menuntut haknya di akhirat?

Sekadar cadangan (terlanjur kita mahu terus gila berbelanja supaya nampak hebat di mata dunia), percepatkan penghantaran Angkasawan Negara ke-2!

3 komentar:

Dyat 10:38 PTG  

salam ustaz.

kalau tak keterlaluan, sy kira dpt pingat emas olimpik tu same mcm dpt first class degree...

pingat emas olimpik dpt 1juta, tp start dari tahun sy yg dibagi PTPTN, insentif(ditukarkan pinjaman jd biasiswa) sape yg dpt first class degree dah tak dpt... keistimewaan dimansuhkan.

padahal kalu engineering bleh kira dgn jari berapa ramai 1st class degree... takkan yg bersukan je yg patriotik?

1 juta = biaya 100 orang siswa IPT tempatan.

~kecewa~

Tanpa Nama,  3:12 PG  

agak terkesima dengan tawaran yang agak besar tapi demi majulah sukan untuk negara nilai tu kecil sangat bagi yang duit berjuta-juta... er... ade ke yang boleh dapat pingat emas(teringat pemain nombor satu dunia... memang kaya!)tapi..

Tanpa Nama,  12:15 PG  

Maka makin bersemangatlah para ahli sukan Malaysia demi tanah airku, demi maruah sukan negara, demi kemajuan sukan...demi cintaku pada negara...

Sungguh patriotik

Kak Ani Segamat

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP