Rabu, Julai 16, 2008

TAHNIAH SHABERY!

Jutaan tahniah harus diberikan kepada Datuk Shabery Cheek atas keberaniannya berdebat secara terbuka selama sejam menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di DBPKL, malam tadi. Macam inilah pemimpin@menteri yang sepatutnya, bukan sekadar pandai bermain retorik dan memanipulasi ruang media yang dimilikinya tetapi mampu tegak berdiri dan tidak gentar untuk bertikam hujah di depan khalayak.

Namun, serasanya beliau bukanlah lawan yang setanding dengan DSAI. Kalau dengan Datuk Husam Musa pun susah hendak menang. Kerap kali benar beliau tersasar dan keluar dari topik perbincangan "hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak". Tambahan pula, DSAI yang akan disoal siasat polis hari ini, langsung tidak mahu menyerang balas apabila peribadinya disentuh. Ungkapan "Demonstrasi Baling" yang disebut dua tiga kali jelas tidak bermakna apa-apa dan membuatkan DSAI tersenyum sambil menggeleng kepala.

Konklusinya, walaupun hanya 52 minit (tolak lapan minit iklan) pihak pembangkang diberikan peluang, hujah DSAI tampak lebih kukuh berbanding hujah Datuk Shabery yang tidak konsisten dan kurang meyakinkan. Bagaimanapun, seperti usikan DSAI sebelum khatimahnya, Shabery masih memiliki RTM untuk bercakap lebih banyak lagi bagi mempertahankan hujahnya selepas ini.

Apapun, tahniah Shabery! Anda memang berani.

10 komentar:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 3:50 PTG  

Zaid, ana setuju dengan anta, walaupun tak sama taraf (tak wajar) dia masih berani.

Tanpa Nama,  11:14 PTG  

Salam. Bagi ana, dia terpaksa beranikan diri! Sebab? Berjuta penonton nak tengok menteri yang jaga portfolio penting tu, cuba mempertahankan kajaan tuannya dan tindakan tuannya. Tambahan pula, dia yang berdegar dan bergegar sanggup berdebat. Mungkin selepas dia tengok kembali rakaman debat itu, keberaniannya hilang lintang pukang! Afwan, ana sebenarnya kurang setuju jika dia diangkat sebagai 'berani', satu pujian yang sinikal tapi dangkal! Jika dia bijak berhujjah dan membalas hujjah dengan bernas dan benar, baru dia layak dipuji 'berani'. Zaid, esok masuk kelas bincang dengan pelajar konsep 'berani'. Mesti anta temu bermacam tafsiran.

Zaid Akhtar 9:58 PG  

Salam.

Memang dia "agak" berani. Dan keberaniannya mungkin berbaloi. Sahamnya mungkin naik kerana beraninya. Namanya mungkin tercalon sbg Naib Presiden dalam pemilihan partinya.

Kalah atau menang tidak menjadi soal. Yang penting, dia lebih berani dan menonjol berbanding yg lain-lain. Dan mungkin Disember nanti, giliran dia pula menang.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi 3:21 PTG  

Yap, betul Zaid.
Sighah 'berani' yang diguna pakai bukanlah makna asli, tetapi majazi. Dalam bahasa Arab disebut sebagai kata 'inkari' = menyanggah dan memberi lawan sebaliknya.

Tanpa Nama,  11:01 PTG  

Salam.
Ana faham maksud antum. Faham seperti yg akhi di atas sebutkan. Cuma, bagi yg baca sekali lalu, pasti memberi tanggapan yg menyebelahi DS. Walhal, DSAI berhak dilabel lebih 'berani' kerana sanggup berdepan dalam kondisi dirinya dibabitkan dengan isu yg pernah memenjara hidupnya bertahun. Justeru, orang 'awam' jika bacapun, akan betul memihak pejuang rakyat.
Salam.
-Orang JB

ina marjana ulfah 5:56 PTG  

salam zaid, akak setuju pendapat zaid.

Sebenarnya dah lama tak jenguk sini. Nak tanya khabar? Harapnya sihat sejahtera berpanjangan.

akak pun nak ucap tahniah akan cerpen rindu ini - minggu tu tak berkesempatan mencari mingguan m'sia -sibuk mengemas rumah.

Tahniah dah lama tak tatap cerpen ustaz.

Zaid Akhtar 11:17 PTG  

salam kak ina,
selamat berhijrah ke ofis baru. ke rumah baru. kampus baru.

cerpen budak2 je, kak.
:-) jangan lupa tulis novel ye.

JHaZKiTaRo 9:01 PTG  

salam ziarah from Dublin.. :)

Zaid Akhtar 8:01 PTG  

jhazkitaro,
salam sakinah dr tanah air.

tuan faisal,
tuan sebenarnya bertaraf selebriti.
:-)
tolong jangan sebut begitu depan saya.

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP